Bajet 2021: FMM usulkan 6 inisiatif sektor pembuatan | DagangNews Skip to main content

Bajet 2021: FMM usulkan 6 inisiatif sektor pembuatan

Sektor pembuatan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Menjelang pembentangan Bajet 2021 pada 6 November 2020, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) tampil mengusulkan enam inisiatif bagi menyokong pemulihan sektor pembuatan negara.


FMM berkata, usul berkenaan itu termasuk penyelesaian isu-isu mendesak yang menghalang operasi perniagaan untuk terus bergerak maju.

Berikut merupakan enam inisiatif yang diusulkan oleh FMM;

 

1) Memacu transformasi perniagaan, penggunaan teknologi dan pendigitalan, peningkatan produktiviti dan inovasi

Sokongan untuk penggunaan teknologi dan pendigitalan

  • Teruskan dengan program sokongan untuk penggunaan Industri 4.0
  • Sediakan Next Generation Training Centre (NGTC) yang mengfokuskan kepada pengendalian Big Data Analytics (BDA)/ Sains dan Penyelesaian
  • Institusi pengajian tinggi untuk memepercepat pembangunan dan penawaran kursus dalam talian
  • Menggalakkan dan menyokong pertumbuhan syarikat tempatan untuk pembuatan robot melalui insentif cukai 
  • Melancarkan akses jalur lebar yang berpatutan dan berkualiti ke industri dan mempercepat pelaburan dalam infrastruktur jalur lebar dan 5G
  • Memperkenalkan Sistem Maklumat Pembuatan Nasional (NMIS) untuk merakam dan mengintegrasikan maklumat pembuatan 
  • Mempromosikan Kerjasama Penyeledikan Pembuatan seperti kerjasama penyelidikan industri Pembuatan Universiti dengan menyediakan cukai dan/atau pembiayaan kerajaan


 

Sokongan berterusan untuk aktiviti automasi dan penaiktarafan 

  • PKS memerlukan usaha dan pelaburan yang lebih besar untuk meningkatkan automasi operasi kilang bagi mengurangkan tenaga kerja manual.
  • Automasi memerlukan pelaburan jangka panjang dan besar mengikut sumber dan kapasiti syarikat.
  • Industri 4.0 juga memerlukan automasi untuk disatukan ke arah keberkesanan yang efektif.
  • Memperkenal semula atau memperluas elaun pelaburan semula untuk semua industri yang telah menamatkan RA dan had masa. Kerajaan dpat memperkenal skala sokongan bertahap untuk mempercepat penaiktarafan dan/atau kepelbagaian.


 

Sokongan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

  • Keluarkan nilai ambang RM50,000 dan bar masa serta panjangkan tempoh pemotongan cukai berganda automatik kepada semua syarikat besar memandangkan potensi mereka untuk inovasi dan kreativiti
  • Peruntuk RM100 hingga RM200 juta untuk menubuhkan Future Manufacturing Fund bagi menyokong kerja R&D dan pelaksanaan R&D oleh universiti dan pusat penyelidikan kejuruteraan utama sekali gus menyokong Industri 4.0
  • Skim baucer R&D untuk PKS

 

 

2) Memastikan iklim perniagaan dan pelaburan yang kondusif dan mesra


Meningkatkan dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF)

  • Skop berkenaan perlu dipermudah dan diperhalusi merangkumi produk, proses, kualiti dan peningkatan, asas IKS dalam menutup jurang, automasi dan membina keupayaan untuk memulakan aktiviti R&D.
  • Persekitaran peraturan mesra perniagaan dan pelaburan 

 

Persekitaran peraturan yang mesra perniagaan dan pelaburan 

  • Memastikan dasar kerajaan meningkatkan daya saing dengan pengurangkan kos perniagaan, memperjuangkan persekitaran pro-perniagaan, membolehkan perniagaan untuk terus berkembang dan membangun, boleh dipercayai, konsisten, telus dan boleh dijangka.
  • Dasar kerajaan perlu dikaji semula untuk mengenal pasti kekangan dan strategi untuk meningkatkan lagi pelaburan tempatan dan asing selain memastikan iklim dan dasar pelaburan mesra perniagaan
  • Wajib untuk semua kementerian dan agensi mematuhi Development and Implementation of Regulations (NPDIR) untuk semua peraturan baharu 
  • Merancang semula agensi promosi pelaburan di bawah satu agensi dengan KPI tertentu


 

Cukai peribadi dan korporat yang lebih kompetitif

  • Kadar cukai korporat pada 20%
  • Kadar cukai korporat untuk PKS pada kadar 15% 
  • Kadar cukai peribadi untuk YA2020 dan 2021 pada kadar 5-10%
  • Penyusunan semula kumpulan cukai pendapatan peribadi 

 

 

3) Membangunkan modal insan


Penekanan Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (TVET) dan penubuhan TVET Apprenticeship Fund

  • Mempercepat penubuhan agensi tunggal Suruhanjaya TVET yang ditadbir oleh Akta Suruhanjaya TVET
  • Menubuhkan TVET Apprenticeship Fund dengan menggunakan levi pekerja asing untuk membiayai program perantis oleh majikan


 

Sokongan untuk Pelaksanaan Sistem Upah berkaitan produktiviti

  • Garis panduan PLWS yang jelas untuk diterima oleh majikan dan pekerja
  • Tindakan lebih afirmatif untuk menyokong pelaksanaan PLWS dengan cara memperkukuh keupayaan perundangan dan penguatkuasaan
  • Menyokong syarikat yang ingin melaksanakan model PLWS dengan pengurangan cukai berganda 

 

Dasar pengurusan pekerja asing

  • Kementerian tunggal yang bertanggungjawab terhadap dasar dan pengurusan pekerja asing
  • Sistem pemprosesan dan kelulusan dalam talian 
  • Menjalankan mekanisma pasaran levi dengan kriteria yang lebih mudah dan telus 
  • Menghapuskan nisbah / had perkhidmatan pihak ketiga
  • Menurunkan kutipan levi kepada industri


 

 

4) Memperkukuh perdagangan termasuk perdagangan dalam negeri

Mengembalikan Geran Promosi Jenama bagi melengkapkan usaha promosi jenama Malaysia

  • Menyimpulkan Regional Comprehensive Partnership Agreement (RCEP) dan menyempurnakan Free Trade Agreements (FTAs) yang telah ditandatangani sebagai Comprehensive and Progressive Agreement for Trans Pacific Partnership (CPTPP)
  • Meneroka pasaran bukan tradisional termasuk Timur Tengah, Timur Eropah dan Afrika melalui Preferential Trade Agreements (PTA)
  • Mengembalikan GST
  • Sokongan kepada perniagaan baharu atau mempelbagaikan usaha perniagaan yang sedia ada dengan barangan keperluan lain
  •  Mengembalikan Status RDC / IPC


 

Polisi Membeli Barangan Buatan Malaysia dan menguatkuasakan dasar perolehan kerajaan

  • Harus ada lebih banyak insentif cukai seperti rebat
  • FFM menyambut baik cadangan Kementerian Kewangan untuk mengembangkan undang-undang GP dengan menyatukannya dan memastikan peraturan tersebut dapat dikuatkuasakan dengan berkesan

 

Menangani perdagangan barangan haram

  • Ketatkan penguatkuasaan terhadap penyeludupan dan barangan palsu 


 

 

5) Memperkukuh PKS dan keusahawanan

  • Pelan Berkaitan Industri (ILP) harus menjadi projek utama untuk menyokong pemulihan dan pengukuhan rantaian bekalan IKS
  • Menetapkan platform rangakaian untuk organisasi perdagangan pembuatan di ASEAN
  • Meningkatkan rantaian bekalan data, ketelusan, ketepatan dan keyakinan terhadap maklumat dan data berasaskan standard yang dipercayai

 

 

6) Sokongan bagi inisiatif penjimatan tenaga

  • Hadkan kenaikan tarif elektrik bagi tahun 2021 dan pertimbangan melanjutkan potongan elektrik dan gas asli pada tahun 2021
  • Memupuk amalan audit tenaga yang penting di fasiliti industri
  • Menggalakkan syarikat memasang Energy Management Information System (EMIS). - DagangNews.com