Bank Negara lelong wang kertas ringgit bernombor siri khas | DagangNews Skip to main content

Bank Negara lelong wang kertas ringgit bernombor siri khas

KUALA LUMPUR 7 Sept - Peminat-peminat dan pengumpul wang kertas, dipelawa menyertai lelongan secara dalam talian wang kertas ringgit dengan nombor siri khas yang dibuka dari 5 hingga 24 September ini oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

 

Dalam satu kenyataan di laman webnya, bank pusat itu berkata lelongan itu akan dijalankan oleh pelelong dilantik BNM MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd di mana bidaan boleh dibuat melalui pautan ini: https://www.best2bid.com/auction /auction_detail/.

 

BNM berkata MNP akan memulakan ‘Lelongan Langsung’ pada 24 September ini pada pukul 11.00 pagi.

 

Wang kertas Ringgit dengan nombor bersiri khas, seperti set 10 wang kertas pertama (cth. LL0000001-0000010) dan nombor super pepejal dengan awalan berulang (cth. LL8888888) akan dilelong.

 

BNM berkata pendaftaran dalam talian dan bidaan boleh dimuktamadkankan melalui www.best2bid.com.

 

Ia berkata maklumat lanjut mengenai lelongan itu boleh diperoleh melalui laman web MNP di www.mnp.com.my atau talian khidmat pelanggan MNP melalui 017-400 6661. - DagangNews.com