Bank Pembangunan Malaysia lancar program SEEDS | DagangNews Skip to main content

Bank Pembangunan Malaysia lancar program SEEDS

 (Dari kiri) Pengetua SMK Seri Titiwangsa, Zamzuri Abdullah dan Presiden yang turut merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BPMB, Arshad Mohamed Ismail.

(Dari kiri) Pengetua SMK Seri Titiwangsa, Zamzuri Abdullah dan Presiden yang turut merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BPMB, Arshad Mohamed Ismail.
 

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com  

 

 

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) melancarkan sebuah Program Sekolah Angkat yang dikenali sebagai Supporting English Empowerment to Drive Sustainability (SEEDS). 

Program yang turut mendapat kerjasama Yayasan PINTAR itu bertujuan  bertujuan untuk memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah dan memupuk kesedaran mereka tentang Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainability Development Goals). 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PBMB, Arshad Mohamed Ismail berkata,  SEEDS dianggap sebagai pelaburan jangka masa panjang atas nama pendidikan yang dikhususkan untuk membantu pelajar memperkukuh Bahasa Inggeris serta memberi pendedahan mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 

"Pendidikan merupakan aset terpenting dalam kehidupan dan setiap individu terutamanya pelajar sekolah berhak menerima akses kepada pendidikan yang berkualiti. Justeru, SEEDS telah menjadi salah satu bentuk pelaburan yang bakal menentukan kecemerlangan modal insan pada masa hadapan.

 

Arshad Mohamed Ismail
Arshad Mohamed Ismail

 

"Program ini juga membuktikan komitmen BPMB dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung aspirasi untuk melahirkan generasi cintakan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Titiwangsa merupakan sekolah pertama yang dipilih bagi pelancaran program berkenaan.

Pelajar tingkatan 4 yang terlibat didedahkan dengan pelbagai agenda seperti perkongsian daripada wakil PBB, Direct English dan Zer0Hunger Malaysia. 

Tambah beliau, pelajar berkenaan juga diberi pencerahan tentang SDGs, kepentingan Bahasa Inggeris dan kebaikan pertanian dalam bandar (Urban Farming)

“SEEDS diyakini dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi pelajar secara berterusan.

"Pihak BPMB juga merancang untuk menyumbang komputer kepada pihak sekolah bagi memastikan setiap pelajar mempunyai akses secara langsung kepada pendidikan," tambahnya lagi. - DagangNews.com