BAT Malaysia terima penarafan 4 bintang daripada Bursa Malaysia | DagangNews Skip to main content

BAT Malaysia terima penarafan 4 bintang daripada Bursa Malaysia

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Ramli

 

 

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 5 Jan - British American Tobacco Malaysia Berhad (BAT Malaysia) sekali lagi diberikan penarafan 4 bintang daripada Bursa Malaysia berdasarkan penilaian amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang dibuat FTSE Russell.  

 

Penarafan empat bintang itu mewakili syarikat yang berada dalam 25% teratas dalam kalangan syarikat senaraian awam Malaysia berdasarkan kepada prestasi ESG mereka.

 

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Nedal Ramli berkata, penarafan 4 bintang ini mencerminkan komitmen kami yang tidak henti-henti menjaga piawaian tinggi amalan ESG. 

 

"Usaha ESG kami menyokong tujuan kami untuk membina masa depan yang lebih baik dan mampan.said Nedal Salem, Managing Director, BAT Malaysia.

 

"Memasuki 2022, kami akan terus berkerja mengurangkan impak kesihatan terhadap perniagaan kami sambil memberi penekanan khusus dalam isu alam sekitar, sosial dan kecemerlangan tadbir urus.

 

"Kami percaya perkara ini akan menjadikan syarikat lebih mampan dan pada masa sama mencipta nilai tambahan kepada pengguna, masyarakat, kakitangan dan pemegang saham," katanya dalam satu kenyataan.

 

BAT


Penilaian FTSE Russell Bursa Malaysia mengambil kira semua kualiti yang terdapat dalam isu pengurusan ESG syarikat.

 

Data berkaitan ESG akan dinilai oleh jawatankuasa bebas merangkumi pakar dalam komuniti pelaburan, perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan pekerja dan ahli akademik selaran dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - DagangNews.com