Bayaran i-Sinar Ogos diawalkan kepada 26 & 27 bulan ini | DagangNews Skip to main content

Bayaran i-Sinar Ogos diawalkan kepada 26 & 27 bulan ini

i-Sinar

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 23 Julai - Pembayaran i-Sinar bagi bulan Ogos dijadualkan lebih awal kepada 26 dan 27 Julai 2021.

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pengkreditan akan dibuat dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja dan bergantung kepada prosedur sesebuah bank.

 

"Bayaran i-Sinar bagi bulan Ogos akan diawalkan kepada 26 & 27 Julai 2021.

 

"Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh satu hingga lima hari bekerja bergantung kepada prosedur bank," jelas KWSP dalam satu pengumuman di laman Facebooknya hari ini.

 

.

 

Dalam makluman sama, KWSP turut menyarankan ahlinya untuk mendapatkan status bayaran terkini melalui i-Akaun (ahli) dan menghubungi talian 0389224848 bagi sebarang pertanyaan berkaitan i-Sinar.

 

Sementara itu, KWSP dalam pengumuman yang berbeza memaklumkan bahawa bayaran bagi i-Citra akan dibuat secara berperingkat bermula 2 Ogos depan.

 

.

 

Jelas KWSP, pengkreditan amaun ke akaun bank ahli akan dibuat dalam tempoh satu hingga tiga hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank.

 

"Bagi bayaran secara Arahan Bayaran, anda akan menerima Notis Pengambilan atau dihubungi oleh cawangan KWSP yang dipilih untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran," ujar KWSP lagi. - DagangNews.com