BELANJAWAN 2021: Had pengecualian cukai pendapatan dinaikkan kepada RM20,000 | DagangNews Skip to main content

BELANJAWAN 2021: Had pengecualian cukai pendapatan dinaikkan kepada RM20,000

BELANJAWAN 2021

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Had pengecualian cukai pendapatan diputuskan untuk dinaikan kepada paras yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, had tersebut dinaikkan kepada RM20,000 berbanding RM10,000 pada sebelumnya.

"Bagi tempoh dua tahun taksiran, had pengecualian cukai pendapatan bagi bayaran pampasan atas kehilangan pekerjaan akan dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM20,000 setiap tahun genap perkhidmatan," jelasnya dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Ujarnya, keputusan itu dibuat untuk membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat keadaan ekonomi yang terjejas impak COVID-19. - DagangNews.com