AS benarkan Samsung bekalkan paparan OLED kepada Huawei | DagangNews Skip to main content

AS benarkan Samsung bekalkan paparan OLED kepada Huawei

Siri Huawei Mate 40 menggunakan paparan OLED

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Bahagian penghasilan dan pembekal produk paparan OLED Samsung kembali mendapat 'lampu hijau' daripada Amerika Syarikat (AS) untuk terus menjalankan perniagaan itu kepada Huawei.

Menurut Samsung, keputusan itu adalah berita baik bagi pihaknya sebagai pembekal utama paparan OLED dan LCD kepada jenama Huawei.

Selain dipasang pada telefon, paparan OLED dan LCD juga turut dipasang pada produk lain seperti siri Huawei Matebook yang kurang terkesan dengan sekatan dagang oleh AS.

Bagaimanapun, pengguna disaran agar tidak memberi harapan bahawa produk telefon pintar Huawei akan turut dinaik taraf," lapor Soya Cincau.

Dalam hal berkenaan, Huawei dikatakan masih belum mempunyai pembekal SoC dan RAM yang utuh untuk dipasang pada telefonnya.

Pembekal utamanya seperti SK Hynix dipercayai belum menerima lesen.

Samsung pula bagaimanapun tidak memberi apa-apa penjelasan berkaitan isu berkenaan.

Syarikat pembekal komponen turut mengambil pendekatan baharu dalam mencari sumber pendapatan masing-masing susulan kesuraman pendapatan Huawei.

Perkara itu dibuktikan oleh syarikat pengeluar panel LED di China iaitu BOE yang berjaya mendapatkan kontrak membekalkan panel OLED kepada Apple untuk model iPhone 12.

Susulan itu, BOE berjaya menyertai Samsung dan LG sebagai sebuah syarikat yang tersenarai dalam komponen iPhone 12. - DagangNews.com