BHPetrol anjur peraduan 'Mudah Menang', wang tunai hingga RM33,333 menanti pemenang | DagangNews Skip to main content

BHPetrol anjur peraduan 'Mudah Menang', wang tunai hingga RM33,333 menanti pemenang

peraduan 'Mudah Menang'

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Mac. - Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) menganjurkan peraduan 'Mudah Menang' yang menawarkan hadiah utama wang tunai berjumlah RM33,333.

 

Peraduan yang terbuka kepada semula ahli eCard yang sah itu turut berpeluang memenangi hadiah lumayan lain seperti iPhone 12 dan iPad Gen 8.

 

BHPetrol berkata, peraduan tersebut bermula sejak 1 Mac dan berakhir pada 30 Mei 2021.

 

"Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu membelanjakan RM30 produk petrol atau diesel di mana-mana stesen servis BHPetrol dan / atau membeli mana-mana barang dari kedai BHPetromart yang mengambil bahagian semasa tempoh peraduan.

 

"Setiap pembelian mesti dileret dengan eCard berdaftar yang sah atau diimbas dengan aplikasi dalam talian eCard. Setiap perbelanjaan terkumpul berjumlah RM30 berhak mendapat satu penyertaan," jelas BHPetrol.

 

Seramai 51 pemenang bakal menerima hadiah keseluruhan yang terdiri daripada Hadiah Utama iaitu Wang Tunai RM33,333 serta 100,000 mata ganjaran ePoint untuk tiga pemenang.

 

Hadiah Saguhati pula ialah wang tunai RM3,333 serta 30,000 mata ganjaran ePoints untuk tiga pemenang di samping  Hadiah Mingguan iaitu 100,000 mata ganjaran ePoints untuk tiga pemenang bagi setiap minggu.   

 

Selain itu, pelanggan yang menggunakan  applikasi dalam talian eCard semasa tempoh peraduan turut berpeluang memenangi Hadiah Bulanan.

 

Dua pemenang yang layak akan menerima satu unit iPhone 12 64GB atau satu unit iPad Gen 8 setiap seorang. 

 

 Lawrence Chuah
 Lawrence Chuah

 

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran BHPetrol, Lawrence Chuah berkata, pihaknya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan dengan menawarkan kualiti bahan api yang terbaik, pelbagai pilihan barangan menarik di kedai BHPetromart dan kemudahan awam yang secukupnya.

 

"Dengan penganjuran peraduan  Mudah Menang ini, ia adalah sebagai penghargaan kami kepada semua pelanggan di atas sokongan mereka yang berterusan.  

 

"Disamping itu, kami berharap lebih ramai pelanggan akan mengambil kesempatan untuk menjadi ahli kesetiaan eCard untuk memperoleh pelbagai keistimewaan setiap kali mengisi minyak atau berbelanja di BHPetrol," ujar beliau. - DagangNews.com