Bilik pameran baharu, SMI Cars tawar diskaun hingga 50% | DagangNews Skip to main content

Bilik pameran baharu, SMI Cars tawar diskaun hingga 50%

SMI Cars Sdn. Bhd

KUALA LUMPUR 17 Julai - Syarikat pengedar kereta import baharu dan terpakai, SMI Cars Sdn. Bhd menawarkan kadar diskaun hingga 50% kepada pelanggan bersempena dengan pembukaan rasmi bilik pamerannya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, esok.

Pengarah Urusannya, Irene Deanna berkata, kadar diskaun yang ditawarkan itu selaras dengan inisiatif yang diumumkan kerajaan untuk memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% bagi kenderaan import.

"Inisiatif ini disambut baik oleh SMI Cars Sdn.Bhd dan menganggapnya bertepatan dengan pembukaan rasmi bilik pameran baharu kami esok.

"Biarpun telah mula beroperasi sejak 1 Julai lalu, majlis perasmian bilik pameran ini dijangka berlangsung dengan penuh bermakna dan tanda kesyukuran," jelasnya dalam satu kenyataan.

SMI Cars Sdn. Bhd

Kadar diskaun hingga 50% itu bergantung kepada jenis kenderaan yang dipilih oleh pelanggan.

Kini, SMI Cars mempunyai 150 jenis kenderaan import di bawah kendalian syarikatnya.

Jelasnya lagi, penurunan kos pemilikan kenderaan import itu akan meningkatkan keterujaan pengguna untuk membeli khususnya mereka yang ingin memiliki kereta baharu.

"Saya sarankan agar pengguna ambil peluang ini untuk membeli kenderaan impian anda pada harga yang lebih rendah sebelum tempoh pengecualian cukai jualan ditamatkan pada Disember nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, SMI Cars Sdn. Bhd juga turut menjalankan kerjasama dengan dua jenama popular dalam industri automatif import iaitu Utama Motors Sdn. Bhd. dan FS Bikes Sdn. Bhd.

Melalui kerjasama tersebut, mereka akan mengadakan kempen 'Jualan Merdeka 2020' bermula 18 hingga 31 Ogos 2020.

Tambah Irene lagi, kerjasama itu juga bertujuan mendorong lebih ramai pengguna untuk berkunjung ke galeri jualannya bagi mendapatkan kenderaan import yang berkualiti pada harga yang berpatutan. - DagangNews.com