Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 2 April 2021

Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan

 

ADAKAH setiap individu faham maksud istilah budaya organisasi? Ia merangkumi nilai-nilai seperti kesopanan, kesusilaan dan kejujuran di dalam menjalankan tugasan harian. Fungsi budaya di dalam organisasi ini amat penting dan perlu dinyatakan sebagai satu indikator yang amat mempengaruhi legasi yang ada di dalam organisasi tersebut.     

 

Apabila dinyatakan maksud organisasi pasti ia merangkumi satu huraian bilangan kakitangan yang ramai, penyataan kakitangan ramai itu  bakal mempengaruhi kepelbagaian tenaga kerja amat memerlukan kepemimpinan atau panduan, ini melibatkan sentuhan ideal kepada pelbagai jenis tuntutan, keperluan, desakan dan masalah.

 

Dalam keadaan sekarang budaya organisasi ini perlu digariskan dengan persoalan apakah perspektif utama organisasi ini , bagaimana dengan struktur budaya organisasi yang sepatutnya perlu tahu nilai budaya yang telah diamal dan dimiliki, bagaimana dengan pengaruh dan amalan gaya kepimpinan yang diamalkan, apakah keistimewaan setiap individu di dalam organisasi tersebut dan bagaimanakah komitmen setiap individu terhadap pencapaian misi dan visi organisasi.

 

Kepincangan budaya organisasi bakal menjadikan satu gambaran hebat terhadap kegagalan melaksanakan satu garis panduan  mengenai ketepatan dalam penawaran etika kerja, penawaran kerja, kecekapan kerja dan kejujuran perlaksanaan perkhidmatan yang adil.    

 

Kepincangan budaya organisasi juga akan dilihat melalui kegagalan penggunaan nilai teknologi terbaik dan terkini. Ini bakal menjadikan budaya kerja terbaik di dalam organisasi itu tidak berjalan dengan mengikuti perkembangan teknologi moden dan semasa, maka peningkatan pemahaman dan menyembuyikan nilai prosedur dan stuktur kerja setiap indivdiu di dalam organisasi tersebut ‘pincang’.          

 

‘Pincang’ terhadap mendapatkan, merekrut, dan mengekalkan kakitangan memiliki kemahiran dan bakat bersesuaian, ini telah menyumbangkan budaya organisasi itu melahirkan para kakitangan yang tidak mampu menyesuaikan diri di dalam perubahan persekitaraan, keadaan ini menjadikan kakitangan itu seolah seperti ‘lembu dicucuk hidung’ ikut saja arahan tanpa bantahan dan cadangan asalkan dibayar wang.

dewi

Budaya organisasi diamalkan harus menggariskan akan perhubungan semasa terhadap apakah perlakuan setiap ahli pekerja di dalam organisasi,  apakah perhubungan di antara para pekerja, bagaimanakah pembentukan struktur organisasi, bagaimana dengan pembentukan dan pemgamalan etika di dalam organisasi.        

 

Kepincangan terhadap  indikator yang digariskan ini amat jelas menyatakan bahawa tiada pengamalan budaya organisasi jujur, amanah dan beretika dengan berkesan di dalam organisasi tersebut.

 

Ini jelas di dalam keberhasilan pembentukan budaya organisasi jujur dan terbaik,  setiap  individu (pekerja), kumpulan dan organisasi akan menyatakan faktor-faktor  yang bakal mempengaruhi keberkesanan budaya organisasi kepada:

  1. individu (pekerja):  kebolehan setiap individu dalam pelaksanaan tugasan, nilai kemahiran telah diberikan melalui latihan dan diusahakan oleh para individu. Nilai pengetahuan sentiasa terkini, sikap peribadi bersih, cekap dan amanah, justeru mempunyai nilai motivasi terbaik membantu diri sendiri dalam menghadapi sebarang permasalahan di dalam organisasi tersebut.

  2. Kumpulan di dalam organisasi:  mempunyai faktor-faktor seperti berikut iaitu mempunyai nilai pengeratan atau bekerjasama di dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan, pengamalan nilai kepimpinan secara amanah dan jujur, mempunyai nilai struktur tersusun atur dengan menghasilkan status kerjasama, mempunyai peranan amanah dan nilai norma terbaik.

  3. Organisasi: faktor-faktor mempengaruhi keberkesanan organisasi tersebut menyatakan kesinambungan persekitaraan organisasi, teknologi yang diguna pakai,  pemahaman gunapakai nilai teknologi terkini dan moden. Bagaimana dengan nilai penggunaan proses budaya di dalam organisasi, rantaian nilai pemilihan jujur dan strategik terhadap perkembangan dan penilaian prestasi organisasi tersebut.

 

Maka dapat dihuraikan pengamalan budaya organisasi dengan jujur dan amanah di dalam sesebuah organisasi dapat menjadikan organisasi tersebut jelas terhadap penyediaan asas untuk peningkatan keberkesanan nilai kerja-kerja bersifat rutin, amanah, jujur dan cekap.       

 

Kepincangan pengamalan budaya organisasi merupakan satu tanda kegagalan yang wujud di dalam penyediaan perhubungan persekitaraan dan dalaman ianya tidak mudah untuk diperbincangkan dan tidak terjamin terhadap kesejahteraan semasa di dalam sebuah organisasi

 

Kenapa masih keliru dengan kepentingan Budaya Organisasi?

Budaya organisasi tidak difahami itu bakal menjadikan kakitangan di dalam organisasi ini dikesan sebagai individu yang tidak menyedari kesan pedih akan berlaku kepada nilai diri sendiri dan nilai etika kerja individu tersebut.   

 

Pemahaman budaya organisasi itu bakal menjadikan amalan organisasi tersusun untuk strategik, visi dan misi. Penceritaan telah jelas diperkatakan iaitu kepentingan pemahaman budaya organisasi di dalam sesebuah organisasi itu merupakan satu usaha penting untuk mencapai visi dan misi organisasi tersebut.

 

Keberkesanan positif terhadap kefahaman budaya organisasi, dapat dinyatakan bahawa organisasi ini telah meneliti, memahami, dan bertindak terperinci terhadap kepentingan pemahaman menyeluruh kepada pengamalan budaya organisasi.         

 

Kefahaman diperolehi daripada pembentukan dan pengamalan budaya organisasi ini dapat menyatakan pemimpin di dalam organisasi tersebut telah menyiapkan diri untuk berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran.        

 

Kefahaman budaya organisasi juga menyatakan  bahawa nilai komunikasi effektif, nilai kepimpinan dan perhubungan terbaik komuniti itu telah dijadikan pengukuran keberkesanan amalan pemahaman nilai budaya organisasi.

 

dewi

 

Pembentukan  Budaya Organisasi

Pembentukan budaya organisasi seperti dinyatakan perlu difahami dan bentuk indikator bakal membantu menilai dan memahami pembentukan budaya organisasi terbaik.      

 

Di dalam pembentukan Budaya Organisasi ianya perlu memahami apakah nilai pembentukan organisasi,  terutama di dalam perhubungan persekitaraan di dalam organisasi tersebut, dan ia ada perkaitan terperinci kepada faktor strategik Visi dan Misi organisasi.

  1. Pengukuran nilai disiplin dan amanah di dalam sebuah organisasi dilaksanakan dengan amanah dan jujur.

  2. Pembentukan budaya organisasi boleh digunakan sebagai satu cara etika penilaian capaian kerja atau matlamat di dalam organisasi.

  3. Pengamalan amanah kepada budaya organisasi ianya dapat membentuk visi terbaik

  4. Pembentukan budaya organisasi ini ianya akan menyatakan pengamalan pembentukan strategi  terbaik dan berkesan.

 

Setiap kepincangan terhadap amalan budaya organisasi amat memerlukan indikator perlaksanan perubahan kepada pengamalan budaya organisasi tersebut.  Garis panduan diperlukan bagi menyatakan amalan budaya organisasi iaitu:

  1. Kenal pasti keperluan budaya organisasi dalam organisasi

  2. Siapakah yang terlibat dengan perlaksanaan budaya organisasi dalam organisasi

  3. Nilai etika penjelasan informasi dalam budaya organisasi

  4. Sentiasa mempunyai pendapat, pandangan dan teguran dalam amalan budaya organisasi

  5. Menyatakan perancangan tindakan terhadap perlaksanaan budaya organisasi

  6. Persediaan untuk sebarang pengubahansuaian pembentukan dan pengamalan budaya organisasi di dalam organisasi.

 

Penghuraian ini jelas hubungan pembentukan budaya organisasi di dalam organisasi tersebut adalah berdasarkan kepatuhan kepada polisi pembangunan sumber manusia.

 

Walau bagaimana pun sekiranya pembentukan budaya organisasi itu diperkatakan wujud di dalam organisasi tetapi pemantauan terperinci tidak diamalkan atau tidak dilaksanakan maka kepincangan dalam pembentukan organisasi cemerlang bakal berlaku dan ini mungkin tidak ternyata secara jelas tetapi pasti ia bermula dengan keadaan yang retak hingga menanti belah.

 

Pembentukan dan pengamalan budaya organisasi ini perlu ada struktur organisasi  ia melancarkan perjalanan sebuah organisasi untuk merealisasikan visi dan misi organisasi tersebut. Maka pengamalan etika organisasi berlandaskan perundangan, peraturan dan penilaian moral menjadikan perhubungan budaya organisasi dan etika organisasi itu perlu wujud dan diamalkan dengan jujur dan tepat.      

 

Maka pemahaman pembentukan dan pengamalan budaya organisasi di dalam sebuah organisasi itu menjadikan satu situasi amat serius dan penting untuk pencapaian matlamat pembentukan organisasi tersebut.

 

dewi

 

Semak semula adakah setiap organisasi yang besar atau pun kecil  mempunyai satu asas panduan dan pemahaman budaya organisasi untuk setiap ahli atau kakitangan di dalam organisasi dan semak semula adakah pengamalan dan kepatuhan kepada kewujudan budaya organisasi itu dilaksanakan dan dipatuhi. Sentiasa buat semakan adakah permasalahan wujud di dalam sebuah organisasi tersebut disebabkan kepincangan pengurusan kerana gagal memastikan pengamalan budaya organisasi dilaksanakan dengan jujur.

 

Sebuah organisasi merupakan satu situasi yang sentiasa memerlukan perubahan, sebelum perubahan dilakukan semak akan kewujudan pengamalan budaya organisasi tersebut, maka kegagalan memastikan kewujudan dan tidak  ada perlaksanan dengan jujur untuk pengamalan budaya organisasi ini menjadikan sebarang perubahan di dalam organisasi itu  gagal dan pasti memendekkan jangka hayat kewujudan organisasi tersebut justeru kestabilan dan keselesaan organisasi akan terdedah kepada ‘kepincangan’.

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri

Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang

Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja

Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?

FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA

Apa yang penting? KERJASAMA !

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags