Skip to main content

Bursa Malaysia: Serba Dinamik termasuk dalam 24 syarikat PN17

 

KUALA LUMPUR 7 Jan - Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) mengumumkan Serba Dinamik Holdings Berhad telah termasuk di dalam kriteria Amalan Nota No. 17 (PN17) mengikut Keperluan-Keperluan Penyenaraian Papan Utama bursa itu.

 

Bursa Securities dalam kenyataan hari ini berkata, pengumuman itu juga merujuk kepada kenyataan bertarikh 6 Januari 2022 mengenai pengklasifikasian Serba Dinamik sebagai Syarikat PN17.

 

''Bursa Securities ingin menegaskan bahawa ia akan terus memantau perkembangan Serba Dinamik daripada segi pematuhan kepada Keperluan-Keperluan Penyenaraian Papan Utama,'' katanya.

 

Maklumat mengenai syarikat-syarikat di bawah PN17 dan Nota Garis Panduan No.3 (GN3) Keperluan-Keperluan Penyenaraian Papan ACE Bursa Securities.

 

Setakat 7 Januari 2022, sebanyak 24 syarikat berada di bawah PN17 dan GN3 yang mewakili 2.65% jumlah keseluruhan 905 syarikat tersenarai di Pasaran Utama dan ACE Bursa Securities.

 

Senarai syarikat di bawah PN17:-

1. AIRASIA X BERHAD

2. ASIA MEDIA GROUP BERHAD

3. BARAKAH OFFSHORE PETROLEUM BERHAD

4. BERTAM ALLIANCE BERHAD

5. BRAHIM’S HOLDINGS BERHAD

6. CHINA AUTOMOBILE PARTS HOLDINGS LIMITED

7. COMINTEL CORPORATION BERHAD

8. DAYA MATERIALS BERHAD

9. DOLOMITE CORPORATION BERHAD

10. FSBM HOLDINGS BERHAD

11. IQZAN HOLDING BERHAD (FORMERLY KNOWN AS IRE-TEX CORPORATION BERHAD)

12. KHEE SAN BERHAD

13. KONSORTIUM TRANSNASIONAL BERHAD

14. MALAYSIA PACIFIC CORPORATION BERHAD

15. NATIONWIDE EXPRESS HOLDINGS BERHAD

16. PERAK CORPORATION BERHAD

17. SCOMI ENERGY SERVICES BHD

18. SCOMI GROUP BERHAD

19. SEACERA GROUP BERHAD

20. SERBA DINAMIK HOLDINGS BERHAD

21. SUMATEC RESOURCES BERHAD

22. TH HEAVY ENGINEERING BERHAD

 

Senarai syarikat-syarikat dibawah GN3 :

1. G NEPTUNE BERHAD

2. IDIMENSION CONSOLIDATED BERHAD  - DagangNews.com