Skip to main content

Bursa Securities kemuka pertanyaan berhubung aktiviti pasaran luar biasa Teladan Setia

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Bursa Securities mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) terhadap syarikat pemaju hartanah, Teladan Setia Group Berhad selepas saham mereka melonjak ke paras tertinggi pada 5 Ogos 2022.

 

Saham kumpulan itu meningkat sebanyak 0.93% pada RM1.08 dan memberikan kumpulan itu modal pasaran sebanyak RM864.78 juta.

 

Kaunter berkenaan menyaksikan sejumlah 9.14 juta saham didagangkan mengatasi jumlah purata dangangan 200 hari sebanyak 1.38 juta saham.

 

Saham Teladan Setia berada dalam aliran menaik sejak beberapa minggu lalu, meningkat 83.05% daripada 59 sen pada 21 Julai 2022.

 

Sepanjang tahun lalu, kaunter itu mencatatkan peningkatan sebanyak 130% daripada 47 sen.

 

Bursa Securities bertanya kepada kumpulan itu sama ada terdapat perkembangan korporat, khabar angin, laporan atau sebarang penjelasan lain yang mungkin menyumbang kepada aktiviti dagangan.

 

Untung bersih kumpulan itu meningkat 33.3% kepada RM9.47 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022, daripada RM7.1 juta setahun sebelumnya disumbangkan hasil yang lebih tinggi.

 

Hasil suku tahunan meningkat 42.4% kepada RM58.9 juta daripada RM41.35 juta disebabkan jualan dan kemajuan yang lebih baik dalam projek Bali Residences dan Taman Desa Bertam Fasa 2 dan 3A. - DagangNews.com