Bursa tolak permohonan Sapura Energy minta lanjutan sebulan | DagangNews Skip to main content

Bursa tolak permohonan Sapura Energy minta lanjutan sebulan

 

 


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Permohonan Sapura Energy Bhd. untuk melanjutkan tempoh pengumuman laporan kewangan bagi suku berakhir 31 Julai 2021 (2QFY22) ditolak Bursa Malaysia Securities Bhd., menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

Pada 14 September lalu, syarikat minyak dan gas itu telah mengemukakan permohonan lanjutan selama sebulan kepada pihak bursa.

 

"Syarikat ingin mengumumkan bahawa permohonan tersebut tidak berjaya menerusi surat bertarikh 22 September 2021 yang dikeluarkan Bursa Securities kepada pihak syarikat," katanya hari ini. 

 

Sapura Energy perlu melaporkan prestasi kewangan bagi suku berakhir 31 Julai 2021 menjelang 30 September 2021. 

 

Syarikat tersebut kekal mencatat kerugian bagi dua suku berturut-turut pada 1QFY22, dengan kerugian bersih sebanyak RM97.07 juta. 

 

Kerugian itu dikaitkan dengan impak pembiayaan semula dan perubahan kadar tukaran asing yang tidak menguntungkan. 

 

Bagaimanapun, perolehan kumpulan bagi tempoh itu adalah sebanyak RM1.47 bilion, meningkat daripada RM1.44 bilion bagi suku sebelum itu. 

 

Setakat 4.29 petang ini, saham Sapura Energy kekal tidak berubah pada 11.5 sen dengan 7.93 juta saham diniagakan. - DagangNews.com