Skip to main content

CBHM: Kerjasama Antarabangsa Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee UPM dengan Thailand, Jepun, Itali & Perancis

Romane dari University of Pisa, Italy berkongsi pengalaman kehidupan kampus.
oleh ONG XIN YI

SEKRETARIAT Kesukarelawanan dan Mobiliti, Majlis Perwakilan Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee Universiti Putra Malaysia melancarkan `Berhubung Melangkaui Mobiliti Negara’ (CBHM), program maya antarabangsa yang menghimpunkan 63 pelajar dari Malaysia, Thailand, Jepun, Itali, dan Perancis menggunakan persidangan video.

 

Program CBHM ini merupakan mobiliti maya yang julung-julung kali dianjurkan oleh Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee, UPM dengan rakan strategik antarabangsa dari Thaksin University (Thailand), Kagawa University (Jepun), University of Pisa (Itali) dan European School of Political and Social Sciences (Perancis).

 

Para pelajar dari Malaysia, Thailand, Jepun, Itali, dan Perancis telah melibatkan diri dalam sesi perkongsian Slot 2 (Kehidupan Kampus Kami), Slot 3 (Pengalaman Kerja Sukarelawan Di Luar Negara), Slot 5 (Isu-Isu Global-Apa Fikiran Kita?) dan Slot 6 (Budaya, Identiti).

 

Peserta-peserta berkongsi tentang pengalaman yang bertemakan kehidupan kampus, sukarelawan, isu semasa dan budaya dengan bantuan visual paparan slaid dan video. 

 

Forum Slot 4 (Projek Penyelidikan Dikongsi dan Dibimbing oleh Profesional) dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 4), Pendidikan Berkualiti telah memberi tumpuan kepada pengetahuan ilmiah yang bermanfaat dari pelbagai perspektif dengan empat tajuk penyelidikan yang berbeza.

 

Profesor Madya Dr. Ngatu Roger dari Kagawa University, Jepun telah berkongsi pengalamannya memantau pelajar tahun akhir menghadiri bengkel latihan selepas perkongsian beliau “Obesity and Type-2 Diabetes Prevention: Contribution of Rare Sugars and Adiponectin Bio-Modulators Discovery”.

 

Dr. Nor Eliani Ezani (UPM) pula tampil dengan dengan tajuk perkongsian “How Safe is Your Living Space from Indoor Air Pollution? – Making the Invisible Visible”, diikuti Penolong Prof. Dr. Dusanee Suwankhong (Thaksin University, Thailand) – “Perceptions and lived experiences of women living with breast cancer: A qualitative study”.

 

Dr. Lara Tinacci (University of Pisa, Itali) pula menyampaikan tajuk – “Residues of veterinary drugs in fish and fish products: Analysis of RASFF data over the last 20 years” yang juga merupakan ahli panel.

 

UPM
Perkongsian daripada Thaksin University, Thailand dalam Slot 5: “Volunteering Experience Abroad”.

 

u
Ucapan oleh Profesor Roberta Moruzzo pada majlis perasmian program.

 

UPM
Engelina Bungan berkongsi videonya menyanyikan lagu etnik Orang Ulu pada sesi pertukaran budaya.

 

Sementara itu, Pengetua Kolej Tan Sri Mustaffa Babjee UPM, Profesor Madya Dr. Jasronita Jasni berkata ikatan antara universiti seperti ini harus diteruskan walaupun selepas berakhirnya program.

 

Selain itu, Penyelaras Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Sains Veterinar, University of Pisa, Itali, Profesor Roberta Moruzzo berkata program ini adalah peluang yang terbaik untuk mewujudkan kerjasama dalam mempertingkatkan rangkaian antara semua pihak.

 

"Semalam semasa saya mendengar sesi perkongsian tentang pengalaman kesukarelawanan, saya bermotivasi untuk melakukan kerja kesukarelawanan di komuniti saya dan luar negara,’’ kata Pakamas, peserta dari Thaksin University, Thailand.
 

 

UPM
Selain itu, program yang berlangsung pada 28 dan 29 Mei lalu juga disiarkan di Facebook Live Universiti Putra Malaysia untuk penonton luar.  

 

 

Para peserta amat menghargai inisiatif mobiliti ini yang akan mereka ingati sehingga bila-bila.

 

Pelajar-pelajar berpendapat bahawa program ini telah memberi impak positif dalam membantu mereka belajar tentang negara, universiti, pembelajaran, aktiviti dan persahabatan pada tahap global.

 

Program ini telah mempromosi mentaliti antarabangsa dalam kalangan pelajar yang terlibat, mewujudkan jalinan yang lebih erat sesama institusi kerjasama dan menawarkan peluang kolaborasi melalui keterlibatan hubungan diplomatik yang harmoni serta jangkauan khalayak antarabangsa yang lebih besar. – DagangNews.com

 

ONG XIN YI  merupakan pengarah program "Connect Beyond Homeland Mobility" dan pelajar Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM