Censof Holdings dijangka raih pendapatan bersih RM18.1 juta, RM20.5 juta bagi FY3/23, FY3/24 | DagangNews Skip to main content

Censof Holdings dijangka raih pendapatan bersih RM18.1 juta, RM20.5 juta bagi FY3/23, FY3/24

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Jun - Rakuten Trade menjangkakan Censof Holdings Berhad pendapatan bersih RM18.1 juta dan RM20.5 juta untuk FY3/23 dan FY3/24 didorong oleh peningkatan permintaan dalam semua segmen perniagaan serta airan pendapatan berulang. 

 

Firma itu berkata, perniagaan kumpulan itu terdiri daripada empat segmen utama iaitu Penyelesaian Pengurusan Kewangan Kerajaan (FMS-G), Penyelesaian Pengurusan Kewangan Komersial & PKS (FMS-C & SME), Penyelesaian Pengurusan Kekayaan (WMS) dan Teknologi Digital.

 

Katanya, FMS-G menyumbang 72% daripada hasil kumpulan dan 67% daripada keuntungan sebelum cukai (PBT) kumpulan itu.

 

"Censof merupakan pembekal terkemuka bagi penyelesaian pengurusan kewangan dibangunkan pada Sistem Perakaunan Standard untuk Kerajaan Piawaian patuh Agensi (SAGA) yang berkhidmat dengan lebih 90 agensi.

 

"Segmen FMS-G menikmati pendapatan berulang sebanyak RM42 juta hasil daripada kerja-kerja penyelenggaraan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, segmen FMS-C menyediakan perisian akaun untuk PKS yang dikenali sebagai ABSS dengan pengkalan pelanggan melebihi RM400,000 di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lain melibatkan pendapatan berulang RM15 juta.

 

Perkhidmatan itu juga menyediakan pelbagai penyelesaian perniagaan lain seperti ERP, CRM, gaji, aplikasi mudah alih dan lain-lain kepada 60 pelanggan komersial di Malaysia dan Singapura.

 

"Perkhidmatan penyelesaian perniagaan itu menghasilkan pendapatan berulang sebanyak RM2.1 juta," katanya.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu memiliki tempahan projek sebanyak RM45 juta dan penyelenggaraan sebanyak RM40.7 juta sehingga 30 April 2022 yang memberikan pendapatan yang cerah untuk tempoh dua tahun.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran RM0.52," katanya. - DagangNews.com