airasia ride tawar diskaun 50% sempena kempen #AyokemBALI | DagangNews Skip to main content

airasia ride tawar diskaun 50% sempena kempen #AyokemBALI

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Jan - airasia Super App melancarkan kempen #AyokemBALI dengan beberapa siri program menarik, seperti promosi airasia ride untuk pengangkutan e-hailing di Bali, tempahan airasia hotels dan banyak lagi. 

 

Sempena kempen ini, airasia ride menawarkan diskaun sebanyak 50% kepada penumpang yang menggunakan kod promosi BARURIDE untuk perjalanan pertama atau kod promosi SUPERRIDE dengan diskaun bernilai 15,000 rupiah untuk tempahan seterusnya.

 

Untuk pengalaman perjalanan yang lancar, orang ramai boleh membuat tempahan awal bersama airasia ride dengan ciri "Tempahan Berjadual". 

 

Bagi yang bercuti bersama keluarga, airasia ride turut menyediakan pilihan kenderaan berdasarkan jumlah penumpang.

 

Ketua Pemasaran airasia Super App Indonesia, Boni Andika berkata, melalui program ini, pihaknya menyasarkan untuk menyediakan pengalaman yang lebih bermanfaat dan lancar daripada aplikasi super perjalanan bersepadu kepada semua pengguna.

 

"Sebagai aplikasi super pelancongan, kami sangat yakin dengan potensi pelancongan Bali, yang mana ia telah menjadi destinasi ikonik Indonesia untuk pelancong asing di seluruh dunia, termasuk Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Bali, juga dikenali sebagai Pulau Dewata, mempunyai banyak pesona yang tiada tandingannya. Sejak sekian lama, mistik Bali telah menarik perhatian pelancong asing malah menjadi destinasi ikonik Indonesia di mata dunia. 

 

 

airasia

 

 

Malah, menurut data Badan Pusat Statistik Provinsi Bali, sepanjang Januari hingga November 2022, terdapat lebih 1.7 juta ketibaan pelancong secara langsung ke Bali. Jumlah ini melonjak kepada lebih 3.4 juta peratus dalam tempoh yang sama pada 2021. 

 

Ahli akan mendapat mata airasia untuk semua pembelian mereka di airasia Super App. Gunakannya seperti wang tunai untuk menebus airasia food, penerbangan, airasia hotels, airasia shop, airasia gifts, SNAP dan banyak lagi. - DagangNews.com