Bekas Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Juslie Ajirol tinggalkan lembaga pengarah Suria Capital | DagangNews Skip to main content

Bekas Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Juslie Ajirol tinggalkan lembaga pengarah Suria Capital

KUALA LUMPUR 2 Feb - Bekas Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah,  Datuk Juslie Ajirol meninggalkan lembaga pengarah Suria Capital Holdings Berhad.

 

Juslie, yang dilantik sebagai Pengarah Pemaju Hartanah pada Februari 2022, meletak jawatan pada 1 Februari 2023 kerana "komitmen lain".

 

Beliau merupakan Ahli Parlimen Libaran dari 1998 hingga 2018.

 

“Pengalaman beliau juga termasuk 20 tahun dalam sektor korporat sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan, iaitu Cement Industries Sabah (CIS) (2000-2004) dan Sabah Urban Development Corp (SUDC) (1999-2018),” kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Bulan lalu, Kerajaan Sabah meluluskan rancangan unit milik penuh Suria Capital Sabah Ports Sdn. Bhd. untuk menjalin kerjasama strategik dengan DP World.

 

Bidang utama kerjasama itu ialah pengurusan dan operasi Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar serta pelaburan logistik dan infrastruktur rantaian bekalan di Sabah. - DagangNews.com