Capai matlamat 2023 bersama Maxim Malaysia | DagangNews Skip to main content

Capai matlamat 2023 bersama Maxim Malaysia

CAPAI objektif tahun 2023 bersama Maxim Malaysia dengan menetapkan tujuan dan sasaran tahun baru, matlamat yang ditanam dalam diri amatlah penting untuk memberi kesan yang positif. 

 

Maxim Malaysia menyasarkan untuk beroperasi di lebih banyak bandar, memenuhi keperluan pelanggan dan mengembangkan penjenamaan pada 2023, dengan menetapkan matlamat ianya akan mendorong untuk menjadi yang terbaik.

 

Maxim Malaysia juga ingin menggalakkan semua untuk menetapkan matlamat, ia dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

 

Di bawah merupakan senarai matlamat yang boleh anda lakukan bersama-sama dengan Maxim!

 

  1. Pendapatan Lebihan

Mulakan tahun 2023 dengan peluang keemasan dari Maxim Malaysia, dengan membuka kepada semua yang berminat untuk sertai kami dan menjadi pemandu e-panggilan, peluang ini dapat membantu rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan, pelajar lepasan universiti dan pencari kerja separuh masa.

 

Masa bekerja adalah fleksibel di mana Rakan-pemandu dapat memilih waktu kerja yang diingini, sama ada ingin menjadi Rakan-pemandu sepenuh masa atau separuh masa.

 

Bukan itu sahaja, pemandu juga boleh mendaftar sebagai kurier untuk penghantaran barang, sampul surat atau makanan.

 

Sesetengah pengguna juga memerlukan perkhidmatan menghantar barangan dan bukan sahaja e-hailing, peluang ini terbuka kepada semua orang yang berminat untuk menyertai sebagai kurier.


 

maxim

 

 

  1. Hargai Yang Tersayang

Perasaan dihargai dan menunjukkan usaha untuk menghargai yang tersayang  memberi impak positif yang besar dalam perhubungan, Maxim Malaysia merupakan salah satu aplikasi yang boleh membantu pengguna menyampaikan hasrat baik mereka kepada seseorang.

 

Pengguna boleh menghantar hadiah, makanan atau apa-apa barang yang diinginkan oleh mereka kepada rakan, keluarga atau kekasih mereka melalui penghantaran Maxim, hanya tinggalkan alamat dan nombor telefon melalui aplikasi dan pemandu kami akan menghubungi mereka.

 

  1. Rumah Baharu

Mulakan tahun baharu anda dengan persekitaran rumah baharu, atau mengimpikan untuk berpindah ke tempat yang lebih baik.

 

Setiap orang mesti mempunyai impian untuk memiliki rumah baru mereka sendiri, tetapi terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan sebagai proses pemindahan.

 

Jangan risau lagi kerana Maxim Malaysia dapat membantu anda bagi urusan penghantaran atau kargo dengan menggunakan lori.


 

maxim

 


Pengguna juga boleh meminta untuk mempunyai pembantu yang boleh menyusun barang rumah dengan melalui aplikasi bersama-sama dengan pesanan lori yang dibuat. Kini pengguna tidak perlu risau tentang penghantaran lagi, pilih sahaja lokasi anda.

 

Maxim Malaysia berkongsi beberapa matlamat tahun baru yang boleh dicapai oleh pengguna bersama kami, ini mungkin membantu pengguna melihat cara positif daripada aplikasi dan dapat melaksanakan dalam kehidupan seharian.

 

Menetapkan matlamat yang bermakna boleh memacu kehidupan yang berjaya. – DagangNews.com