CEO Kolej UNITI Port Dickson kekal terajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia | DagangNews Skip to main content

CEO Kolej UNITI Port Dickson kekal terajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia

Amir Hamzah Md Isa (tiga, kiri) bersama kepimpinan persatuan pada Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2022 ke-23 di Kuala Lumpur pada 15 Mac 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa kekal menerajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) bagi penggal 2023/2024.

 

PKIBM dalam kenyataan memaklumkan, Amir Hamzah, 55, yang merupakan penyandang jawatan presiden sejak tiga penggal lalu menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2022 ke-23 yang berlangsung di Menara Arina UNITI di sini, semalam.

 

Katanya, pada sesi pemilihan itu juga, Pengerusi University College of Aviation Malaysia, Kapten TUDM (B) Ab Manan Mansor turut dipilih semula sebagai Timbalan Presiden.

 

"Presiden Geomatika University Malaysia, Prof Datuk Dr Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif East West International College, Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad turut mengekalkan jawatan Naib Presiden 1 dan 2 yang disandang sebelum ini.

 

"Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education and Training Institute, Ahmad Firdhaus Ramlan serta Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr. Ramlee Mohd Junus masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung PKIBM," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, turut dilantik dalam pemilihan kali ini ialah Naib Canselor University College MAIWP International, Prof Dr Wan Azizi Wan Sulaiman sebagai Bendahari, manakala Ketua Pegawai Eksekutif MSU College, Mohd Adnan Rosley sebagai Penolong Bendahari.

 

Katanya, pada majlis yang dihadiri lebih 56 orang perwakilan mewakili 39 daripada 54 IPTS milikan Bumiputera yang menganggotai PKIBM, seramai tiga ketua pegawai eksekutif IPT turut dipilih perwakilan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2023/2026.

 

 

pikbm

 

 

"Mereka ialah Datuk Mazlan Abdullah (Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics), Norhisyam Abdul Rahman (Kolej Universiti WIDAD) dan Mohd Shafie Sarip (Shipping and Aviation College).

 

"Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic College, Shaik Faridhudheen Anverdeen dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu, Seri Banun Bahtiar  pula diumumkan sebagai Auditor Kehormat 1 dan 2," katanya.

 

 

pikbm

 

 

Dalam pada itu, Auditor Kehormat 1 dan 2 bagi penggal 2020/2023 iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Queens, Alkmar Nazrul Alias dan Pengarah Urusan Kolej Universiti Alfa, Fairuz Kamarulzaman turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi sesi kali ini. 

 

PKIBM yang ditubuhkan sejak 2000 merupakan persatuan tunggal berdaftar yang mewakili kepentingan dan menjunjung aspirasi institusi pendidikan tinggi (IPT) swasta milikan Bumiputera dari seluruh negara yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Tinggi. - DagangNews.com