GDB Holdings tarik semula penggantungan kerja projek 8 Conlay, disambung semula April ini | DagangNews Skip to main content

GDB Holdings tarik semula penggantungan kerja projek 8 Conlay, disambung semula April ini

Gambar menunjukkan kerja-kerja pembinaan setakat projek 8 Conlay setakat Ogos hingga Disember 2022. - Gambar : Laman web GDB Holdings
Oleh ZUNAIDAH ZAINON

KUALA LUMPUR 9 Jan - GDB Holdings Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Grand Dynamic Builders Sdn. Bhd. (GDBSB), menarik balik penggantungan kerja bagi projek 8 Conlay mulai hari ini.

 

Berdasarkan syarikat Damai City Sdn. Bhd. yang dikeluarkan kepada arkitek untuk pengeluaran Arahan Arkitek yang akan datang di bawah Klausa 21.4 Kontrak PAM,

 

GDBSB akan menggerakkan dan memulakan semula kerja-kerja bahagian luaran untuk Menara A berikutan penerimaan bayaran sebahagian daripada jumlah tertunggak daripada Damai City kepada GDBSB menurut terma perjanjian dan surat-menyurat tambahan.

 

"Penggerak semula dan permulaan semula kerja pembinaan untuk skop penuh kerja di bawah Projek 8 Conlay dijadualkan pada awal April 2023.

 

"Tetapi ia tertakluk kepada penyelesaian penuh jumlah tertunggak yang perlu dibayar kepada GDBSB oleh Damai City," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Baca : Projek 8 Conlay - akhirnya GDB mengakui sudah keluarkan notis gantung kerja

 

Pada 2020, GDBSB memperoleh kontrak RM1.25 bilion daripada Damai City untuk menyiapkan pembinaan pembangunan bercampur 8 Conlay yang merupakan kontrak terbesar GDB pada masa itu.

 

Tetapi pada Ogos 2022, GDBSB mengeluarkan notis penggantungan kepada Damai City dan menghentikan semua kerja pada projek itu, yang mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar RM5.4 bilion yang akan menampilkan kediaman menara berkembar 'berpintal' tertinggi di dunia.

 

Pada Oktober lalu, GDB telah memfailkan Writ Saman dan Kenyataan Tuntutan di Mahkamah Tinggi terhadap KSK Land Sdn. Bhd. (KSK) bagi menuntut bayaran tertunggak RM120.69 juta. - DagangNews.com