GTR Burger, Sime Darby Oils bekerjasama keluarkan produk khas Alif GT Marjerin | DagangNews Skip to main content

GTR Burger, Sime Darby Oils bekerjasama keluarkan produk khas Alif GT Marjerin

(Dari kiri) Nordin Mat, Mohammad Rahimi Abdullah dan Najib Jalil ketika majlis pemeteraian MoU antara GTR Burger dan Sime Darby Oils pada 20 Mac 2023.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Mac - Koperasi GTR dan Sime Darby Oils (SDO) menjalin kerjasama memperkenalkan marjerin eksklusif di bawah jenama Alif untuk dipasarkan bersama jenama burger tempatan, GTR Burger.

 

Ketua Jualan Pelanggan SDO, Mohammad Rahimi Abdullah berkata, marjerin eksklusif itu dipasarkan khas menerusi kerjasama antara Sime Darby Oils dan GTR.

 

Katanya, SDO adalah pengusaha minyak sawit yang mampan di Malaysia, dengan kerjasama tersebut, bekalan tidak putus dan memenuhi keperluan pelanggan.

 

"Sebagaimana diketahui umum minyak masak Alif dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak.

 

"Hari ini, kami umumkan kerjasama antara Sime Darby dan GTR Burger menerusi perjanjian eksklusif yang mana marjerin Alif akan dibekalkan di semua gerai GTR, " katanya selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara GTR Burger bersama SDO, di sini.

 

Turut hadir, Pengasas Bersama GTR Burger, Nordin Mat dan Najib Jalil. 

 

Dalam pada itu, Nordin berkata, GTR Burger yang mula beroperasi pada 2021 kini sudah memiliki 300 cawangan dan tiga pusat pemprosesan di Kuching, Puchong dan Kota Kinabalu.

 

 

gtr
Gambar Facebook Ibnu Khusairy Aris

 

 

gtr

 

 

Katanya, GTR merancang untuk membuka sehingga 500 cawangan pada Julai dan 1,000 cawangan pada akhir tahun 2023, termasuk memasarkan marjerin Alif ke seluruh cawangan mereka. 

 

"GTR Burger memang menyokong bahan tempatan,  produk tempatan guna daging segar tempatan, sekarang sokong GLC tempatan iaitu SDO, di samping membantu membuka peluang niaga kepada anak tempatan," katanya.

 

"Perniagaan Bumiputera ini mampu mengangkat dua jenama tempatan dalam satu platform, lagipun jenama Alif sangat sesuai untuk roti GTR, sesuai untuk produk roti john," katanya.

 

 

gtr

 

 

Terdahulu, GTR Burger mengadakan kerjasama bersama Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena ketibaan Ramadan.

 

Program yang dikenali sebagai 'Kebahagiaan Ramadan 2023' itu bakal dilancarkan dengan menyasarkan seramai dua juta umat Islam menerima manfaatnya.

 

Kerjasama dengan RI juga membuka peluang kepada pihak-pihak lain untuk beramal sempena Ramadan menerusi infak dan sedekah jariah dalam program tersebut.

 

Orang ramai yang mahu menyertai peluang niaga bersama GTR Burger boleh melayari www.gtrburger.my. - DagangNews.com