Haily peroleh kontrak bernilai RM32.66 juta bina rumah teres di Iskandar Malaysia | DagangNews Skip to main content

Haily peroleh kontrak bernilai RM32.66 juta bina rumah teres di Iskandar Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pakar pembinaan Haily Group Bhd (Haily) memperoleh kontrak bernilai RM32.66 juta daripada Nice Frontier Sdn Bhd untuk membina 186 rumah teres satu tingkat di Bandar Putra, Iskandar Malaysia, Johor. 

 

Pemerolehan itu merupakan kontrak ketiga dimenangi syarikat tahun ini dan ia telah menambah nilai kontrak projek Haily yang sedang berjalan kepada RM657.87 juta. 

 

Pada 10 Mac 2023, unit milik penuh Haily Construction Sdn Bhd menerima surat anugerah daripada JYP Architects Sdn Bhd, arkitek yang dilantik oleh ahli IOI Properties Group, Nice Frontier bagi membina unit kediaman dan sub-stesen Tenaga Nasional Bhd.

 

Projek selama 15 bulan itu akan bermula pada 27 Mac 2023 dan dijangka siap menjelang 26 Jun 2024. 

 

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, dalam tempoh kurang daripada tiga bulan tahun ini, mereka telah memperoleh jumlah kontrak bernilai RM148.79 juta. 

 

“Dengan hanya kontrak ini, kami telah melangkaui nilai kontrak yang diperoleh sepanjang tahun lepas," katanya dalam satu kenyataan.

 

haily
 See Tin Hai

 

Dengan perkembangan itu, Haily berada di landasan yang betul untuk mencapai tahun kewangan yang lebih kukuh pada 2023 dan sedang giat mendapatkan lebih banyak projek bernilai tinggi pada tahun ini. 

 

Sebelum ini pada November 2021, Haily memperoleh projek perumahan komuniti bernilai RM14.57 juta di Kulai daripada Nice Frontier melibatkan pembinaan 216 rumah bandar strata. - DagangNews.com