Harga minyak mentah melonjak kepada AS$86.24 setong ekoran peningkatan bekalan minyak AS tersasar daripada jangkaan | DagangNews Skip to main content

Harga minyak mentah melonjak kepada AS$86.24 setong ekoran peningkatan bekalan minyak AS tersasar daripada jangkaan

Oleh DIYANA ISAMUDIN

NEW YORK 26 Jan - Harga minyak meningkat dalam dagangan awal Asia pada hari ini, manakala bekalan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang meningkat sedikit daripada jangkaan, menurut laporan Reuters.

 

Sementara itu, mata wang dolar AS yang lemah membuatkan harga minyak murah untuk pembeli bukan AS.

 

Niaga hadapan minyak mentah Brent telah meningkat 12 sen kepada AS$86.24 setong menjelang 1:19 pagi GMT, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS naik 30 sen kepada AS$80.45.

 

Memetik kenyataan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), inventori minyak mentah meningkat sebanyak 533,000 tong kepada 448.5 juta tong bagi minggu berakhir 20 Januari, jumlah yang sangat kurang daripada ramalan kenaikan 1 juta tong.

 

Bagaimanapun, bekalan minyak mentah mencapai tahap tertinggi sejak Jun 2021, kata EIA.

 

Menurut Reuters, dolar AS yang semakin lemah berbanding Euro pada Rabu turut membantu meningkatkan harga minyak mentah apabila sebahagian besar pelabur menghentikan sebarang taruhan besar menjelang mesyuarat bank pusat minggu depan, termasuk Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank Pusat Eropah.

 

Faktor yang menghalang minyak untuk meningkat lebih tinggi adalah kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi dunia yang menghalang permintaan bahan api.

 

Pertumbuhan ekonomi global diramalkan hampir tidak bergerak melebihi 2% tahun ini, menurut tinjauan ahli ekonomi Reuters, mengatakan risiko yang lebih besar adalah penurunan lebih lanjut. Itu bertentangan dengan keyakinan meluas terhadap pasaran sejak awal tahun ini. - DagangNews.com