Institusi kewangan global terus berdepan penurunan penarafan ekoran kelemahan persekitaran ekonomi, kata Fitch Ratings | DagangNews Skip to main content

Institusi kewangan global terus berdepan penurunan penarafan ekoran kelemahan persekitaran ekonomi, kata Fitch Ratings

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 27 Jan - Penurunan penarafan institusi kewangan global (FI) kekal melebihi peningkatan pada suku keempat tahun lalu berikutan kelembapan ekonomi dan tindakan penarafan berdaulat dalam pasaran baharu muncul (EM), menurut Fitch Ratings.

 

Agensi itu berkata, persekitaran ekonomi yang semakin lemah dijangka memberi tekanan kepada profil kewangan FI dalam beberapa bulan akan datang, kemungkinan membawa kepada tindakan penarafan negatif secara berterusan. 

 

Secara umumnya, ulas Fitch, inflasi yang berterusan tinggi meningkatkan perbelanjaan operasi semua FI di samping syarikat insurans hartanah dan nyawa turut tertekan dengan kesukaran untuk menetapkan semula harga polisi di tengah-tengah peningkatan kos tuntutan. 

 

Menurutnya, kos pembiayaan yang meningkat untuk bank dan institusi kewangan bukan perbankan (NBFI) juga bergantung kepada sumber borong.

 

Ini menyaksikan pertumbuhan volum perniagaan juga semakin perlahan di mana sebahagiannya mengimbangi manfaat kadar faedah yang lebih tinggi.

 

“Kami juga menjangkakan caj ke atas rosot nilai pinjaman akan mengalami peningkatan dalam beberapa bulan akan datang walaupun daripada asas yang tidak mendatangkan kesan buruk."

 

"Walaupun sebahagian besar daripada penurunan itu menunjukkan aliran kredit negatif, ia juga menyumbang kepada sebahagian daripada 'Negative Outlooks and Watches' yang diseimbangkan semula agar menghampiri tahap sebelum pandemik," kata Fitch. - DagangNews.com