Kilang teres Setia Neo II catat 60% kadar pengambilan sejak dilancar 12 Sept lalu | DagangNews Skip to main content

Kilang teres Setia Neo II catat 60% kadar pengambilan sejak dilancar 12 Sept lalu

Kilang teres Setia Neo II di Taman Bistari Jaya, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU 6 Okt – Kilang teres Setia Neo II yang dibangunkan oleh S P Setia mencatat kadar pengambilan sebanyak 60% sejak dilancarkan pada 12 September lalu.

 

Pengurus Besar Bahagian S P Setia, Saniman Amat Yusof berkata, pihaknya menerima maklum balas positif daripada pembeli yang terdiri daripada kedua-dua pemilik perniagaan dan pelabur.

 

Menurut beliau, Setia Neo II yang berpotensi meningkatkan pertumbuhan perniagaan dengan alamat strategik di zon perindustrian Taman Industri Jaya di sini.

 

"Dengan nilai pembangunan kasar RM75.4 juta, Setia Neo II mempunyai 56 unit kilang teres dua tingkat dengan keluasan tanah 24 kaki 80 kaki dan 24 kaki 108 kaki, berharga dari RM1.12 juta," katanya dalam kenyataan di sini.

 

Saniman berkata, infrastruktur digitalnya dan susun atur konsep terbuka yang luas dengan keluasan binaan 2,879 kaki persegi memenuhi keperluan perniagaan yang ingin mengintegrasikan pembuatan dan operasinya cekap di satu tempat.

 

"Apabila ekonomi pulih dan lebih ramai orang meneroka untuk memulakan perniagaan mereka sendiri pasca pandemik, Setia Neo II akan dapat memenuhi keperluan pemilik perniagaan terletak di zon perindustrian Johor dan mempunyai susun atur yang fleksibel," ujarnya.

 

Setia Neo II dihubungi dengan mudah menerusi Jalan Gelang Patah dan Jalan Sutera Danga, serta Lebuh raya Pasir Gudang, Lebuh raya Skudai dan Lebuh raya Utara-Selatan. Dan hanya 4km dari Bukit Indah dan 16km dari Johor Bahru.

 

Jarak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pula hanya 21.5km, manakala pusat pemeriksaan Woodlands dan Pusat pemeriksaan Tuas di Singapura adalah 27.1km dan 29km jauhnya. - DagangNews.com