Mawar Karim dilantik sebagai duta jenama kecantikan V Ultimate | DagangNews Skip to main content

Mawar Karim dilantik sebagai duta jenama kecantikan V Ultimate

Mawar Abdul Karim (dua, kiri) dilantik sebagai duta jenama V Ultimate pada majlis pelancaran dua produk baharu V Ultimate, baru-baru ini.. Turut kelihatan, Fiona Gan (dua, kanan)
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Mac - Syarikat perkhidmatan kecantikan inovatif terkenal, V Ultimate Wellness Group melantik model dan juga ahli perniagaan, Mawar Abdul Karim sebagai duta baharunya selari dengan matlamat pemasaran syarikat itu.

 

Sesi pengenalan Mawar sebagai duta itu dibuat ketika pelancaran dua produk baharu syarikat iaitu perkhidmatan untuk 'anti aging' Diode Laser dan juga Hairva khusus untuk  perapian rambut, baru-baru ini.

 

V Ultimate dalam kenyataan berkata, lima jenama utama yang bernaung di bawah pengurusan V Ultimate Group adalah DrNano, H2G, Hairva+,Ava, Deaumist, MY Thai dan MY Tradisi.

 

"Syarikat yang ditubuhkan pada 1999 itu dikenali dalam kalangan pengguna kerana penggunaan teknologi yang canggih untuk penjagaan kulit, estetik, rawatan pelangsingan dan produk penjagaan rambut merupakan strategi utama kumpulan tersebut.

 

"Sehingga kini lima jenama tersebut berjaya mengembangkan perkhidmatan kepada 32 cawangan di seluruh negara dengan lebih 200 tenaga profesional dan terus berkembang maju," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, individu yang bertanggungjawab menjadikan tujuh jenama berkenaan atau V Ultimate terkenal ialah Fiona Gan. 

 

Katanya, sebagai pengasas V Ultimate, Fiona amat berpengalaman dalam industri kecantikan dan merupakan seorang usahawan berjaya.

 

 

vultimate

 

 

"V Ultimate berhasrat untuk mengembangkan lagi terapi urutan keluarga yang semakin mendapat perhatian ramai sejak tiga tahun lalu," katanya.

 

MY Thai dikenali sebagai spa keluarga mewah dan rawatan terapi kesihatan terbaik yang menawatkan harga berpatutan.

 

 

vultimate

 

 

vultimate

 

 

 

 

Kumpulan berhasrat untuk menambahkan lagi antara lima atau enam cawangan di Lembah Klang sejak bermula pada 2019 dengan MY Thai sebagai jenama utama.

 

Manakala, MY Tradisi pula ditubuhkan untuk memanfaatkan 70% permintaan pasaran Bumiputera yang berpotensi serta mencipta produk dan perkhidmatan kesihatan Malaysia yang tersendiri. - DagangNews.com