Maxim Malaysia tawar pelajar universiti jana pendapatan sebagai pemandu e-hailing | DagangNews Skip to main content

Maxim Malaysia tawar pelajar universiti jana pendapatan sebagai pemandu e-hailing

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Feb - Maxim Malaysia membuka peluang kepada pelajar universiti yang berminat untuk menyertai sebagai pemandu e-hailing secara kerjasama. 

 

Maxim dalam satu kenyataan berkata, peluang ini akan membantu pelajar universiti, graduan baru, pekerja sambilan dan mereka yang mencari pendapatan tambahan. 

 

Katanya, waktu bekerja adalah sangat fleksibel dengan mengatur perjalanan diikuti garis masa mereka sendiri.

 

"Pelajar universiti juga menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk menyusun keperluan harian mereka, Maxim Malaysia sedia berkhidmat dengan pelbagai perkhidmatan yang boleh memberi manfaat kepada mereka," katanya.

 

Menurut kenyataan itu, e-hailing merupakan salah satu inisiatif buat para pelajar kerana lebih menjimatkan masa, selesa, selain menawarkan harga berpatutan untuk mendapat akses melalui aplikasi. 

 

"Berkongsi kenderaan melalui Maxim dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas sambil menikmati perjalanan yang menyenangkan, sekaligus menjimatkan wang apabila tambang boleh dikongsi bersama rakan. 

 

"Penumpang hanya perlu menambah alamat kedua di penghantaran semasa membuat tempahan dan pemandu boleh menurunkan penumpang dengan satu perjalanan," katanya.

 

 

maxim

 

 

Katanya, pelajar juga boleh memohon kereta MPV atau lebih besar bagi perjalanan yang ingin berkongsi dengan rakan. 

 

Selain itu katanya, kini pelajar boleh membuat tempahan awal melalui aplikasi Maxim dan mendapatkan perjalanan untuk menghadiri kelas tanpa perlu menunggu pemandu mencari.

 

Bukan itu sahaja, pembelian dan penghantaran Maxim boleh membantu pelajar, kerana mereka boleh meminta pemandu menghantar barangan kepada mereka. 

 

Pelajar universiti yang berminat untuk menyertai Maxim, boleh memuat turun permohonan untuk pendaftaran di pautan sea.taxsee.pro/my/. - DagangNews.com