Nivea raih pengiktirafan Malaysia Book of Records penyertaan terbesar cabaran anti bintik hitam | DagangNews Skip to main content

Nivea raih pengiktirafan Malaysia Book of Records penyertaan terbesar cabaran anti bintik hitam

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Mac - Nivea menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records untuk ‘Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam’ yang mana ribuan rakyat Malaysia memberi testimoni positif terhadap ujian dan bukti revolusi Nivea Luminous 630.

 

Lebih 90% pengguna sebenar produk bersetuju dengan kandungan terobosan Luminous 630 yang sangat efektif dalam melawan bintik hitam. 

 

Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan berkata, pihaknya gembira menyaksikan kejayaan pengalaman ribuan pengguna sebenar dengan Nivea Luminous 630 yang berevolusi itu.

 

Katanya, penerimaan anugerah dan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record merupakan pencapaian yang penting dan percaya dengan kejayaan serta penyelesaian efektif terhadap bintik hitam yang terdapat di dalam Nivea Luminous 630.

 

"Pengiktirafan ini adalah kerana ramai pengguna yang telah menguji dan membuktikan keberkesananya melalui ulasan positif dan ini merupakan satu pencapaian besar untuk Nivea di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Tambah Ng, pihaknya sangat teruja untuk membawa inovasi terobosan ini kepada pelanggan supaya semua rakyat Malaysia dapat merasai sendiri, pengalaman untuk mendapatkan kulit yang tanpa cela, muda dan berseri. 

 

"Saya amat berbesar hati untuk berkongsi bahawa dalam masa dua tahun lebih, Nivea Luminous 630 telah menjadi serum anti bintik-hitam No.1 di dunia. 

 

 

nivea
Ng Hock Guan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk ‘Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam’ pada 20 Mac 2023.

 

 

"Dalam tinjauan terbaru dalam kalangan pengguna tempatan, kami menerima maklum balas yang menakjubkan yang mana 99% bersetuju bahawa produk itu membantu memberikan mereka kulit yang tanpa cela dan berseri," katanya.

 

Nivea Luminous 630 adalah hasil dari 10 tahun kajian yang mendalam dan melalui proses pengujian 50,000 molekul oleh saintis kulit di Jerman. 

 

 

nivea

 

 

nivea

 

 

Nivea Luminous 630 Anti Dark-Spot Serum merupakan ciptaan anti bintik hitam terobosan yang dirumuskan untuk mengurangkan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu tanpa merosakkan kulit. 

 

Rangkaian penuh Nivea Luminous 630  Anti Dark-Spot Serum kini boleh didapati disemua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi Nivea.

 

 

nivea

 

 

nivea

 

 

Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit siang dan malam, serta produk rawatan mata. - DagangNews.com