Pendapatan Focus Point didorong perkembangan agresif, pertambahan pelanggan bagi segmen F&B | DagangNews Skip to main content

Pendapatan Focus Point didorong perkembangan agresif, pertambahan pelanggan bagi segmen F&B

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Mac - Keputusan positif Focus Point Holdings Berhad diunjur berterusan dalam masa terdekat, disokong oleh ekuiti jenama yang agresif dan pengembangan cawangannya.

 

Hong Leong Investment Bank (HLIB )Research berkata,  kumpulan itu juga meraih satu lagi peluang berharga dengan pembukaan sempadan China yang dilihat akan merangsang kehadiran pelancong terutamanya dalam pembelian cermin mata hitam berjenama.

 

Firma itu yakin terhadap prospek kumpulan kerana ia menyasarkan untuk mengembangkan 12 cawangan tambahan pada FY23.

 

"Jualan korporat untuk segmen optik terus berkembang sihat dengan kehadiran pelanggan baharu yang aktif.

 

"Perkembangan dalam perniagaan optik membolehkan syarikat mendapatkan rebat yang lebih tinggi," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, perniagaan makanan dan minuman (F&B) kumpulan itu kembali kepada paras 100% selepas tempoh peralihan pekerja asing telah diselesaikan.

 

“Kami menjangkakan ia menyumbang secara positif berbanding kerugian yang dicatatkan pada suku 4QFY22.

 

"Selain itu, ini juga akan memberi petanda baik untuk syarikat memperoleh hasil daripada penjimatan kos," katanya.

 

Mengenai perniagaan F&B, firma itu berkata, kumpulan itu terus berkembang dengan senarai baharu pelanggan korporat.

 

Selain membekalkan produk berlabel putih, syarikat itu turut membekalkan produk sejuk beku Komugi di kedai terpilih.

 

Bagi syarikat penerbangan M tempatan, firma itu menyatakan bahawa kumpulan masih menunggu pesanan pembelian.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM1.61 sesaham," katanya. - DagangNews.com