PM, Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan 191 UMNO Bahagian hari ini | DagangNews Skip to main content

PM, Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan 191 UMNO Bahagian hari ini

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada perjumpaan dengan pimpinan Ketua Bahagian dan sayap UMNO di WTC pada 4 Oktober 2022. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR 4 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan wakil 191 bahagian UMNO di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

 

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pertemuan tersebut melibatkan lebih 700 perwakilan yang hadir merangkumi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri dari setiap bahagian parti itu.

 

"Perdana Menteri akan memberi ucapan kemudian ucapan oleh Presiden, itu sahaja sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Bernama melaporkan.

 

Ditanya sama ada perkara yang akan dibincangkan termasuk berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 , Ahli Parlimen Pontian itu berkata: "Hanya perkara-perkara yang baik sahaja,".

 

Beliau berkata sidang media akan diadakan selepas pertemuan itu selesai. - DagangNews.com