PM lawat persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan | DagangNews Skip to main content

PM lawat persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz ketika tiba di Kementerian Kewangan bagi meninjau persiapan pembentangan Bajet 2023. - Gambar Berita Harian

PUTRAJAYA 6 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiba di Kementerian Kewangan di sini, sebentar tadi, dipercayai bagi melihat persiapan Bajet 2023 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen esok.

 

Beliau dilihat tiba pada jam 12.13 tengah hari sebelum masuk ke bangunan Perbendaharaan sambil diiringi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abd Aziz, lapor Berita Harian.

 

Khabar angin mengenai pembubaran Parlimen turut menimbulkan persoalan sama ada Bajet 2023 akan dibacakan esok atau selepas kerajaan baharu dibentuk kelak.

 

Perdana Menteri dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini bagi memberi taklimat mengenai bajet serta memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). - DagangNews.com