Pusat beli-belah Ara suntik kesedaran Ekologi dengan meraikan Bulan Eko | DagangNews Skip to main content

Pusat beli-belah Ara suntik kesedaran Ekologi dengan meraikan Bulan Eko

Mr.Plasticman menukar beg plastik pembeli dengan beg beli-belah yang boleh diguna semula dan mesra alam.

KUALA LUMPUR 16 Mac — Setiap tahun pada bulan Mac, Pusat Beli-Belah naungan ARA Asset Management (ARA) berusaha untuk memupuk penghargaan terhadap alam semula jadi dalam kalangan pelanggannya menerusi beberapa siri aktiviti yang menyeronokkan menerusi kempen kesedaran alam sekitarnya, “Membantu Planet Kita Setiap Hari” (Helping Our Planet Everyday atau H.O.P.E.).

 

Antara aktiviti utama kempen termasuklah pengumpulan tab penarik aluminium, pengumpulan serdak kopi dan bengkel seni & kraf bertemakan alam sekitar akan diadakan di 1 Mont Kiara dan CITTA Mall, manakala maskot H.O.P.E., Mr. Plasticman, juga akan berada di kedua-dua pusat beli-belah berkenaan, untuk menawarkan beg mesra alam dengan beg plastik pengunjung.

 

“Pengumpulan tab penarik aluminium akan berlangsung sepanjang bulan Mac di 1 Mont Kiara dan CITTA Mall,” komen Alan Thoo, Ketua Pemasaran.

 

“Tab berkenaan kemudiannya akan dihantar ke pengilang anggota prostetik menerusi unit Lions Club yang menjalin kerjasama dengan pihak kami.”


 

parafrasa

 

parafrasa

 


Pengunjung 1 Mont Kiara dan CITTA Mall digalakkan untuk menyerahkan tab penarik di kaunter maklumat pusat beli-belah terbabit antara jam 12 tengah hari hingga 6 petang sepanjang Mac.

 

Satu daripada acara utama Bulan Eco adalah Pertandingan Kostum Eco-Fashionista yang menarik perhatian ramai ibu yang berjiwa pereka dan kanak-kanak berkarisma ke Ipoh Parade dan CITTA Mall, serta buat julung kalinya,ke Klang Parade.

 

Sejumlah RM850 berbentuk wang tunai dan hadiah bakal menjadi rebutan di pusat beli-belah berkenaan, justeru peserta harus hadir dengan pakaian kitar semula terbaik mereka untuk mengagumkan para juri.

 

Pada pertandingan serupa tahun yang lalu, para peserta mengejutkan penonton dengan kepintaran mereka, yang mengubah sisa buangan kepada kenyataan fesyen menggunakan pelbagai jenis bahan kitar semula seperti tin aluminium, kadbod terpakai dan plastik.

 

Kreativiti yang terserlah di pentas peragaan terus memberi inspirasi kepada ramai untuk menggayakan fesyen mesra alam sekitar, sekali gus membuktikan bahawa fesyen lestari sememangnya mampu bermula dari rumah.

 

1 Mont Kiara merupakan satu-satunya pusat beli-belah yang memecah tradisi, dengan memilih untuk memberi tumpuan sekali lagi tahun ini kepada Pertandingan Seni Kitar Semula H.O.P.E. yang berjaya.

 

Sebanyak 132 karya seni dihantar untuk pertandingan berkenaan menjelang tarikh akhir pada 8 Mac, yang melebihi jangkaan juga membuktikan penerimaan yang baik  komuniti sekitar terhadap pertandingan tersebut.

 

Hasil daripada sambutan yang memberangsangkan itu, 70 karya utama (sebelum ini 50) akan dipamerkan pada Pameran Seni Kitar Semula H.O.P.E. di tingkat bawah pusat beli-belah berkenaan dari 13-19 Mac.


 

parafrasa

 


Pelbagai arca dan karya seni memberikan gambaran jelas mengenai makna alam sekitar kepada golongan belia kita, dan ia menyerlahkan aspirasi generasi muda kita untuk masa hadapan yang lebih menghijau.

 

Bagi kebanyakan karya yang dihantar, terdapat seruan untuk segera bertindak bagi melindungi planet yang boleh didiami ini yang sering kita abaikan, manakala yang lainnya berfungsi seperti kapsul masa yang memelihara kesucian yang tidak tercemar.

 

Di Ipoh Parade pula diadakan Pesta Tumbuhan Succulent mulai 31 Mac hingga 2 April. Dianjurkan oleh Cactus Boy Nursery, yang mempunyai perniagaan di CITTA Mall, Pesta Succulent akan menjadi tapak kepada pelbagai tumbuhan Succulent berwarna-warni dan eksotik, yang kian diminati sejak perintah kawalan pergerakan disebabkan sifatnya yang mudah dijaga dan kepelbagaian yang mengagumkan.

 

“Ia satu penghormatan dapat bekerjasama dengan Ipoh Parade dan menjayakan pesta ini memandangkan saya belum pernah melakukannya pada skala begini,” kata Koh Kuan Meng aka Cactus Boy.

 

“Saya sangat teruja dapat berkongsi beberapa penemuan unik saya dengan masyarakat di Ipoh dan mendidik mereka bagaimana menjaga tumbuhan Succulent mereka dengan betul.”

 

Pada 1 dan 2 April, pengunjung pesta berkenaan berpeluang untuk menyertai bengkel yang mana Koh akan menangani isu biasa mengenai penjagaan tumbuhan berkenaan.

 

Pengunjung yang membeli mana-mana lima tumbuhan berkenaan dan sebuah pasu juga boleh mempelajari cara mengubah pilihan mereka pada dua sesi pada kedua-dua hari (3 petang dan 6 petang pada 1 April; 12 tengah hari dan 6 petang pada 2 April).

 

“Kami berharap aktiviti ini membantu orang ramai untuk meneroka dengan kreatif mereka sendiri dan melibatkan diri dalam usaha memelihara alam sekitar. Kami sedar ini mungkin hanya langkah kecil dalam menangani perubahan iklim tetapi kami berharap ia akan menjadi benih yang memberi inspirasi cara hidup di masa hadapan,” tambah Thoo. – DagangNews.com