Sime Darby Plantation optimis dibenarkan sambung semula aktiviti eksport ke AS tidak lama lagi | DagangNews Skip to main content

Sime Darby Plantation optimis dibenarkan sambung semula aktiviti eksport ke AS tidak lama lagi

KUALA LUMPUR 3 Feb - Sime Darby Plantation Berhad optimis bahawa mereka akan dibenarkan menyambung semula aktiviti eksport ke Amerika Syarikat (AS) selepas Kastam AS mengakui bahawa produk mereka tidak lagi dihasilkan menggunakan buruh paksa.

 

Sebelum ini, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS menjelaskan bahawa minyak sawit dan produk perkilangan yang dikaitkan dengan Sime Darby Plantation "tidak lagi dihasilkan dengan menggunakan tenaga kerja paksa".

 

CBP mengeluarkan siasatan awal buruh paksa pada 28 Januari 2022, setelah memulakan perintah pelepasan penangguhan (WRO) ke atas produk - yang membenarkan mereka ditahan oleh kastam AS - sejak 16 Disember 2022.

 

"Kami optimis bahawa langkah besar yang telah kami lakukan dalam memperkukuh kualiti hidup tenaga kerja kami tidak lama lagi akan diiktiraf oleh CBP, dan kami akan dibenarkan untuk menyambung semula eksport ke AS.

 

"Kami akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini sebaik sahaja pemberitahuan itu diterbitkan secara rasmi di Daftar Persekutuan," katanya dalam satu makluman kepada Busa Malaysia, hari ini.

 

FGV Holdings Berhad pada Januari lalu berkata, bahawa ia menjangka larangan CBP terhadap produknya akan ditarik balik menjelang akhir tahun, dengan petisyen akan dikemukakan pada akhir Mac. 

 

WRO telah dikeluarkan pada September 2020. - DagangNews.com