Uzma raih kontrak RM40 juta daripada Sarawak Shell | DagangNews Skip to main content

Uzma raih kontrak RM40 juta daripada Sarawak Shell

KUALA LUMPUR 26 Jan - Uzma Bhd. menerusi anak syarikat 70% miliknya, Malaysian Energy Chemicals and Services Sdn Bhd (MECAS) menerima kontrak bernilai RM40 juta daripada Sarawak Shell Bhd.

 

Penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas itu berkata, kontrak tersebut membabitkan pembekalan perencat hidrat kinetik, perencat pengakisan dan perkhidmatan berkaitan untuk medan gas Timi Shell.

 

"Tempoh kontrak itu adalah lima tahun berkuat kuasa 20 Januari 2023 hingga 19 Januari 2028," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia semalam.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan tahun-tahun kewangan seterusnya sehingga kontrak itu tamat. - DagangNews.com