DagangNews.com sampaikan panduan menulis artikel kepada warga UPM | DagangNews Skip to main content

DagangNews.com sampaikan panduan menulis artikel kepada warga UPM

Johardy Ibrahim menjawab soalan daripada warga UPM pada Kursus Asas Penulisan Media pada 31 Mac 2022.

SERDANG 1 April - Seramai 70 orang staf Universiti Putra Malaysia (UPM) menyertai Kursus Asas Penulisan Media yang dianjurkan oleh Pusat Strategi Perhubungan Korporat (PSPK) dari 9 pagi sehingga jam 5 petang pada 31 Mac 2022.

 

Kursus yang dianjurkan ini ialah sebagai platform bagi membimbing serta melatih pakar-pakar UPM untuk menulis di media massa agar mereka lebih mahir dari segi gaya penulisan umum, teknik penulisan akhbar dan online.

 

Seorang peserta yang ingin dikenali sebagai Amira berkata kursus ini menjadi platform komunikasi antara pensyarah dan pegawai UPM bersama pengamal media agar lebih memahami trend semasa media massa.

 

"Secara langsung ia mempromosikan pakar-pakar UPM serta meningkatkan visibiliti dan reputasi UPM di media massa," katanya.

 

Pada slot pertama kursus ini memberi fokus kepada teknik dan asas penulisan berita atau artikel oleh Johardy Ibrahim, Pengarang Dagang.news.com yang mempelawa para pensyarah UPM untuk menghantar artikel untuk disiarkan di dalam portal ini.

 

''Kami sentiasa mengalu-alukan artikel daripada warga UPM dan menyediakan ruang yang tiada had untuk penulisan mengenai bidang kepakaran masing-masing, ataupun aktiviti semasa fakulti,'' kata beliau.

 

Turut hadir pada Bengkel Sekilas Menulis Artikel ke Media Massa ialah Timbalan Pengarah PSPK, Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain.


 

UPM
Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain

 

UPM

 

UPM

 

UPM

 

UPM

 


Sementara itu, slot kedua pula menampilkan Pensyarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman sebagai penceramah.


 

UPM
Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman

 


Dalam pada itu beliau turut berkongsi kepada peserta kelebihan menulis di akhbar dan perkara yang perlu diambil kira dalam penulisan. - DagangNews.com