Dari ladang ke dalam talian: E-dagang dimanfaatkan bagi membawa hasil segar ke rumah pelanggan  | DagangNews Skip to main content

Dari ladang ke dalam talian: E-dagang dimanfaatkan bagi membawa hasil segar ke rumah pelanggan 

Nik Mohd Izahar bersedia untuk membuat penghantaran barangan jualannya yang ditempah oleh pelanggan menerusi platform Shopee.

 


 

PARA guru di sekolah pada zaman ini melakukan lebih daripada sekadar mengajar para pelajar mereka; mereka juga meneroka cara-cara lain untuk membantu pelajar dan keluarga mereka menambah baik kehidupan masing-masing.

 

Begitulah kisah seorang guru sekolah, Wong Ting Ting, yang ingin membantu ibu bapa para pelajarnya, yang bekerja sebagai petani.

 

“Seperti yang kita tahu, pandemik ini telah memberi kesan buruk kepada banyak industri. Sektor pelancongan di Cameron Highlands juga terjejas teruk.

 

''Oleh itu, saya ingin memainkan peranan saya dalam membantu situasi ini dengan membeli hasil tanaman daripada ibu bapa para pelajar saya dan menjualnya secara dalam talian. Seorang rakan saya mengesyorkan saya untuk menggunakan Shopee. Sejak daripada itu, saya terus memanfaatkan platform tersebut,” katanya.

 

Kedai Shopee miliknya, My Sayur Box, membawa hasil tanaman segar yang enak daripada Cameron Highlands kepada rakyat Malaysia. Antara produk popular di kedainya termasuk buah avocado, ubi keledek dan jagung.

 

Walaupun kedai tersebut baru sahaja didirikan pada bulan September tahun ini sebagai sumber pendapatan sampingan, beliau telah berjaya menjana jualan bulanan hampir RM4,000.

 

Wong tidak menyangka prestasi kedainya amat baik semasa 10.10 Jualan Berjenama Shopee.

 

“Saya terkejut melihat jumlah pesanan yang diterima pada 10 Oktober lalu. Saya percaya sambutan positif ini adalah ekoran harga yang saya tetapkan untuk produk-produk saya. Saya melakukannya kerana matlamat saya adalah untuk membantu para pelajar saya dan ibu bapa mereka,” tambahnya.

 

Menurut Wong, Shopee 11.11 Jualan Hebat yang sedang berlangsung merupakan kempen mega yang disertainya buat pertama kali, dan beliau berasa teruja menantikan apa yang bakal dicapai dalam kempen tersebut. Beliau ingin menambah lebih banyak produk ke dalam kedainya untuk menawarkan lebih kepelbagaian kepada para pelanggan.


 

shopee
Kedai Shopee My Sayur Box, membawa hasil tanaman segar yang enak daripada Cameron Highlands kepada rakyat Malaysia.

 

 

Sementara itu, Nik Mohd Izahar, 30, mendapati perniagaannya di Shopee sebagai sumber pendapatan yang tidak dijangka. Ini adalah selepas beliau diberhentikan kerja dalam industri kayu, setelah menerima notis hanya dua hari sebelum hari akhir bekerja akibat pandemik yang melanda.

 

“Saya perlu mencari jalan untuk menjana pendapatan. Sejujurnya, saya tidak menyangka bahawa perniagaan di Shopee akan menjadi tumpuan utama saya ketika saya membuka kedai Izahar Shop pada tahun lepas semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama dilaksanakan. Platform Shopee mudah digunakan serta mempunyai sistem yang mesra pengguna, dan ini sememangnya membantu perjalanan jualan dalam talian saya,” ulasnya.

 

Izahar Shop menawarkan sayur-sayuran dan buah-buahan, serta barangan lain untuk memenuhi kehendak pelanggannya yang berbeza. Salah satu produk yang paling popular di kedainya ialah pucuk paku, dan juga buluh untuk memasak lemang pada musim Hari Raya.

 

Selain menjual sayur-sayuran dari ladangnya sendiri, beliau juga mendapatkan buah-buahan seperti buah duku dan salak daripada para petani lain di kampungnya. Begitulah cara Izahar memberi sokongan kepada komuniti setempatnya, kerana beliau sangat percaya dalam menghulurkan bantuan kepada orang lain ketika berniaga.

 

“Saya sendiri akan mengunjungi ladang-ladang ini, memilih hasil yang terbaik dan menyediakannya dengan teliti sebelum membungkusnya untuk penghantaran. Proses ini memakan masa dan tenaga, tetapi sangat berbaloi demi memastikan kebahagiaan pelanggan yang akan menerima produk yang paling segar,” kata Izahar yang berasal dari Kelantan.

 

 

shopee
Nik Mohd Izahar memotong batang buluh yang kemudiannya dijual menerusi platform Shopee.

 

shopee

 

 

Bagaimanapun, perniagaan beliau tidaklah semuanya mudah. Barangan yang dijual ialah barang yang mudah rosak. Oleh itu, ia tidak boleh berada dalam transit selama lebih daripada 5 hari.

 

“Sudah tentu, tiada perniagaan yang wujud tanpa risiko dan perkara ini benar bagi kedai saya juga. Pernah terjadi di mana seseorang pelanggan menerima pesanan yang tidak lagi berada dalam keadaan baik akibat kelewatan penghantaran. Jika situasi ini berlaku, saya akan menggantikan barang tersebut. Saya menerima bahawa ini adalah hakikat perniagaan yang saya jalankan kerana sifat barangan yang saya jual,” ujarnya.

 

Izahar juga mempunyai cara tersendiri untuk memberi ganjaran kepada pengguna yang membeli dari kedainya. “Apabila mereka membeli jumlah barang yang tertentu, saya akan memasukkan lebih banyak ke dalam bungkusan mereka. Sebagai contoh, jika mereka membeli lima batang anak pokok pucuk paku, saya akan menambah satu lagi secara percuma. Saya berpendapat bahawa inilah cara saya boleh membantu orang lain dalam pada mereka menyokong perniagaan saya. Kita tolong sesama kita,” kata bapa kepada dua orang cahaya mata itu.

 

 

shopee
Nik Mohd Izahar memasukkan barangan yang sudah siap dibalut ke dalam kotak untuk dihantar kepada pelanggan yang menempah menerusi Shopee.

 


Sebagai persediaan menjelang jualan 11 November di Shopee, beliau menyediakan lebih banyak hadiah percuma untuk diberi sebagai ganjaran kepada pelanggannya serta tanda terima kasih atas sokongan yang diberi. Setelah mengambil bahagian dalam 9.9 Hari Pembelian Hebat platform e-dagang tersebut baru-baru ini, Izahar memahami bahawa kempen-kempen seperti ini bakal membawa lebih banyak pesanan untuk kedainya.

 

Walaupun beliau mengakui bahawa beliau bukanlah seorang penjual yang begitu pakar dalam bidang teknologi, namun perkara tersebut tidak menghalang Izahar daripada mencapai kejayaan melalui kedai Shopee miliknya. Pada bulan yang baik, beliau menjana jualan hampir RM6,000.

 

Wong dan Izahar bukanlah bersendirian dalam menjual hasil segar di Shopee. Rakyat Malaysia boleh menemui pelbagai penjual lain di segmen makanan segar dan sejuk beku di Shopee seperti The Planet Farm, Kok Wai Vege Shop, Barang Murah Kaw Kaw, Siti Maryam dan PeladangOnline yang menawarkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipetik segar dari ladang.

 

Segmen makanan segar dan sejuk beku di Shopee telah diperkenalkan pada tahun 2020. Kategori ini telah membolehkan para penjual seperti petani dan nelayan membuka kedai untuk menjual hasil mereka, sama ada secara organik atau melalui kerjasama Shopee bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan lain-lain.

 

Rakyat Malaysia boleh menunjukkan sokongan mereka kepada penjual dan petani tempatan pada 11.11 Jualan Hebat ini yang menampilkan pilihan tawaran hebat, keseronokan dan hiburan dari sekarang hingga 11 November.

 

Dengan diskaun hingga 95%, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum serta tawaran RM1, festival membeli-belah terbesar Shopee ini bakal menjadi pilihan jutaan rakyat Malaysia yang mencari tawaran serta penjimatan terbaik, dan menghubungkan mereka kepada beratus ribu jenama dan penjual daripada 25 kategori produk. 

 

Apa yang lebih menarik ialah festival ini bakal menawarkan hadiah terbesar setakat ini - sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, yang telah memenangi pelbagai anugerah. Penawaran hadiah ini adalah hasil kerjasama Shopee bersama pemaju hartanah SkyWorld Development Group. Para pembeli hanya perlu bermain Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk berpeluang memenangi rumah baharu ini.

 

Layari https://shopee.com.my/m/11-11 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 11.11 Jualan Hebat Shopee. - DagangNews.com