KUALA LUMPUR 17 Jun - Jabatan Perangkaan menyatakan bahawa eksport Malaysia pada Mei meningkat 30.5% daripada tahun sebelumnya kepada RM120.5 bilion daripada RM92.3 bilion sebelumnya.
Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, segmen import pada Mei meningkat 37.3% berbanding tahun lalu kepada paras tertinggi RM107.9 bilion selaras dengan lonjakan dalam barangan pengantara sebanyak 34.1%.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, eksport Malaysia pada Mei 2022, meningkat 30.5% daripada RM92.3 bilion kepada RM120.5 bilion.
"Pertumbuhan nilai eksport pada Mei 2022 disokong oleh eksport domestik dan eksport semula.
"Eksport domestik bernilai RM96 bilion menyumbang 79.7% kepada jumlah eksport, meningkat 22.1%, tahun ke tahun," katanya.
Sementara itu, eksport semula mencatatkan peningkatan 79.1% kepada RM24.4 bilion.
Beliau berkata, lebihan dagangan pada Mei 2022 bernilai RM12.6 bilion, sekali gus mencatatkan lebihan dagangan untuk bulan ke-25 berturut-turut sejak Mei 2020.
RM12.6 bilion, menandakan lebihan dagangan bulan ke-25 berturut-turut sejak Mei 2020.
"Bagaimanapun, prestasi cemerlang itu turut dipengaruhi prestasi lemah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Mei 2021.
"Berbanding April 2022, prestasi jumlah dagangan menunjukkan penurunan masing-masing sebanyak 1.4%, 5.6% dan 46.3% berbanding import mencatatkan peningkatan sebanyak 3.6%," katanya. - DagangNews.com