Evergreen Fibreboard berdepan masalah kekurangan bekalan kayu, peningkatan harga gam | DagangNews Skip to main content

Evergreen Fibreboard berdepan masalah kekurangan bekalan kayu, peningkatan harga gam

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 6 Mei - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research menjangkakan Evergreen Fibreboard Berhad akan terus berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan kayu dan peningkatan harga gam yang berpunca daripada peningkatan harga minyak mentah dunia.

 

Firma itu berkata, kekurangan bekalan kayu berpunca daripada dua bencana banjir yang melanda negara pada hujung 2021 dan bagi mengatasi masalah itu kumpulan itu mempelbagaikan sumber termasuk penggunaan kayu tropika dan serpihan kayu berbanding hanya bergantung kepada kayu getah sahaja.

 

Menerusi kaedah itu, Evergreen dalam mengekalkan penggunaan penuh untuk kilang papan partikel (PB) dan perabot sedia untuk dipasang (RTA) kecuali kilang papan gentian ketumpatan sederhana (MDF) akibat kekurangan bekalan kayu balak.

 

"Kos pengeluaran kekal statik pada 1QFY22 dari suku ke suku tetapi kos gam mencatatkan peningkatan akibat ketegangan geopolitik melibatkan Rusia-Ukraine yang menjadi punca kenaikan harga minyak mentah dunia.

 

"Bagaimanapun, dengan kilang gam sendiri, kumpulan itu  mampu menyeimbangkan komposisi bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan gam (mengurangkan bahan yang berharga tinggi), mengolah semula fomulasi gam bagi  meningkatkan kecekapan gam dalam pengeluaran papan panel," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, harga jualan purata (ASP) kekal stabil dengan peningkatan permintaan daripada pembeli Amerika Syarikat (AS) yang masih meneruskan trend bekerja dari rumah yang secara tidak langsung meningkatkan permintaan untuk RTA dan MDF.

 

"Peningkatan permintaan eksport daripada Asia Barat dan segmen Thailand akibat pemulihan ekonomi hasil daripada peningkatan pendapatan akibat daripada kenaikan minyak dan permintaan stabil dari Indonesia akibat pembangunan dalam pasaran perabot kesan daripada pertambahan golongan pertengahan," katanya.

 

Firma itu berkata, Evergreen dijangka meraih keputusan yang baik bagi 1QFY22 bebanding suku sebelum ini akibat peningkatan ASP tetapi akan berdepan kelemahan pada 2QFY22 akibat sambutan Hari Raya Aidilfitri selain penyelenggaraan kilang yang menyebabkan kurang hari beroperasi.

 

"Kami mengekalkan saran 'beli' terhadap Evergreen Fibreboard dengan harga sasaran (TP) tidak berubah RM0.94," katanya. - DagangNews.com