Felda beli 2.48 juta lagi saham FGV di pasaran terbuka | DagangNews Skip to main content

Felda beli 2.48 juta lagi saham FGV di pasaran terbuka

 

 

KUALA LUMPUR 24 Jun - Felda membeli saham FGV Holdings Bhd. selama tiga hari berturut-turut mulai Isnin lalu dengan keseluruhan berjumlah 2.48 juta melalui pasaran terbuka. 

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Felda membeli 6,300 saham pada 21 Jun lalu diikuti 1.64 juta pada 22 Jun manakala 833, 600 saham pada 23 Jun. 

 

Sebelum ini, Felda telah menguasai 81 peratus saham FGV (bersama pihak yang bertindak bersamanya).

 

Ini merupakan peningkatan sebanyak 47 peratus pegangan saham Felda di FGV sejak Mei 2020.

 

Pegangan saham FGV oleh Felda sebelum tawaran pengambilalihan hanyalah 34 peratus. 

 

Dalam nota kajian awal bulan ini, CGS-CIMB berkata, Felda masih meneruskan hasratnya untuk menyahsenarai FGV dari Bursa Malaysia. - DagangNews.com