FGV dapatkan nasihat guaman berhubung tuntutan RM170.7 juta | DagangNews Skip to main content

FGV dapatkan nasihat guaman berhubung tuntutan RM170.7 juta

 

 

KUALA LUMPUR 21 Mei - FGV Holdings Bhd dan anak syarikatnya, FGV Prodata System Sdn Bhd (Prodata) sedang mendapatkan nasihat guaman untuk mengambil tindakan mencabar writ saman daripada VDSL Technology Sdn. Bhd. (VDSL) berhubung tuntutan pampasan dan ganti rugi berjumlah RM170.7 juta.

 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, FGV Holdings menjelaskan FGV Prodata telah menerima writ saman tersebut pada 18 Mei 2021, seperti dilapor Bernama.

 

Syarikat itu menambah VDSL menuntut pampasan dan ganti rugi berjumlah RM170.7 juta berikutan FGV Prodata dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) didakwa melanggar beberapa pengaturan yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan berkaitan dengan Projek Inisiatif Jalur Lebar Felda.

 

FGV Holdings memaklumkan Mahkamah Tinggi telah menetapkan pengurusan kes pertama pada 11 Jun 2021, menerusi e-Review. - DagangNews.com