FGV lantik Elevate sebagai firma audit bebas operasi sawit | DagangNews Skip to main content

FGV lantik Elevate sebagai firma audit bebas operasi sawit

KUALA LUMPUR 16 Nov - FGV Holdings Berhad (FGV) melantik Elevate sebagai firma audit bebas untuk melakukan penilaian operasi FGV terhadap 11 Petunjuk International Labour Organization (ILO) berkaitan Buruh Paksa.

 

Menurut FGV, penilaian tersebut adalah sebahagian daripada usaha FGV untuk mempetisyen pembatalan WRO oleh CBP.

 

Elevate ialah sebuah pembekal perkhidmatan kelestarian dan rantaian bekalan bebas yang berpengalaman luas dalam memacu kepatuhan sosial dan menangani risiko buruh paksa dengan menerapkan pendekatan berpandukan pekerja.

 

''Kami telah pun berbincang dengan penasihat undang-undang kami di Amerika Syarikat dan Elevate berkenaan pelan dan reka bentuk audit yang dijangka akan bermula pada bulan November 2021.

 

''FGV akan membuat pengumuman lebih lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting mengenai perkara ini,'' kata syarikat itu dalam kenyataan di sini hari ini.

 

 

fgv

 

 

Pelantikan firma audit bebas itu adalah susulan Perintah Pelepasan Tahan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat pada 30 September 2020 terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit yang dihasilkan oleh FGV dan anak syarikatnya, serta syarikat usaha sama. - DagangNews.com