Skip to main content

foodpanda umum 7 faedah tambahan untuk 'rider'

foodpanda

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 25 Jun - Peneraju platform makanan dalam talian, foodpanda Malaysia mengumumkan tujuh faedah tambahan yang menawarkan kemudahan dan diskaun yang lebih besar kepada semua rakan penghantar bagi tempoh suku kedua 2021.

 

Ketua Logistik foodpanda Malaysia, Shubham Saran berkata, pihaknya sentiasa mencari cara dan peluang terbaharu untuk menghargai rakan penghantar foodpanda.

 

"Dengan pandemik yang melanda hari ini, rakan penghantar kami sentiasa bekerja tanpa kenal erti penat lelah dan sanggup meredah cuaca  buruk untuk menggembirakan pelanggan. 

 

"Dengan faedah tambahan ini, kami ingin memberitahu mereka betapa kami hargai apa yang mereka lakukan selama ini," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

 

.

 

 

 

Berikut adalah faedah tambahan yang diperkenalkan untuk suku kedua 2021;

 

1) FWD Takaful - Pelan Takaful yang berpatutan

  • foodpanda Malaysa telah bekerjasama dengan menyedia insuran terkemuka FWD Takaful untuk menawarkan pelan FWD Kasih. 
  • Pelan yang boleh diperbaharui setiap tahun ini menawarkan perlindungan yang berpatutan untuk semua rakan penghantar dan didatangkan dengan empat pilihan,  bermula dari harga serendah RM2.03 sebulan. 
  • Rakan penghantar boleh menggunakan kod PANDA30 untuk menikmati diskaun sebanyak 30% produk FWD Kasih.

 

2) Shell x BonusLink - ganjaran pendaftaran baharu

  • foodpanda Malaysia memberi penghargaan kepada semua rakan penghantar dengan program Bonus Panda bersama Shell. 
  • Melalui inisiatif menarik ini, rakan penghantar boleh memperoleh sehingga 1,000 mata ganjaran BonusLink bagi pendaftaran baharu untuk program Bonus Panda. 
  • Boleh diperoleh di kesemua stesen minyak Shell seluruh negara, mata ganjaran ini boleh digunakan untuk menebus bahan api.

3) Liqui Moly - produk penjagaan khas kenderaan 

  • foodpanda Malaysia dengan kerjasama Liqui Moly, pengeluar terkemuka produk penjagaan kenderaan seperti minyak pelincir.
  • Menawarkan rakan penghantar diskaun sehingga 38%  bagi minyak pelincir dan upah percuma di bengkel-bengkel terpilih di sekitar Lembah Klang dan Johor.

 

4) Digi - rangkaian telekomunikasi yang berpatutan

  • Rakan kongsi penghantaran foodpanda kini boleh menikmati keistimewaan dan pelan Digi yang menarik pada harga yang berpatutan. 
  • Wira-wira penghantaran ini juga akan mendapat telefon pintar percuma dan rebat bulanan sebanyak RM30 untuk pelan pascabayar Digi terpilih.

 

5) Pod - penjimatan mudah

  • Dalam usaha menggalakkan rakan penghantar menabung pada waktu kecemasan, foodpanda telah bekerjasama dengan aplikasi simpanan, Pod. 
  • Semua riders foodpanda yang telah berdaftar boleh menebus kod baucar (PODNEWFPS) RM5 yang terus dikreditkan ke akaun masing-masing dengan pilihan untuk keluaran tunai. 

 

.
 

 

6) Cabutan bertuah RAF - rujuk dan menang

  • Semua rakan penghantar berpeluang memenangi jongkong emas foodpanda apabila mereka memperkenalkan 10 rakan untuk menyertai foodpanda.

 

 

7) Hadiah Samsung S21 - ganjaran untuk prestasi terbaik

  • Rakan penghantar dengan prestasi terbaik dari setiap negeri akan menerima Samsung Galaxy S21 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerja keras mereka sepanjang bulan Ramadan.

 

 

Dalam kenyataan sama, beliau memberitahu, rakan penghantar pihaknya turut tergolong dalam kalangan petugas barisan hadapan. 

 

"Mereka adalah hero yang membantu menghantar makanan dan barangan keperluan lain kepada anda sementara kita duduk di rumah dalam usaha melandaikan lengkuk Covid-19. 

 

"Pemberian ini adalah cara kami menghargai rider dan merupakan salah satu daripada perancangan kami untuk mereka pada tahun mendatang," tambah beliau lagi. - DagangNews.com