Ford Ranger baharu dilancar pada akhir Julai 2022 | DagangNews Skip to main content

Ford Ranger baharu dilancar pada akhir Julai 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 Julai - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan Ranger generasi terbaharu yang dinantikan akan mula dipasarkan di sini hujung bulan nanti.

 

Diberi rekaan serba baru secara menyeluruh, Ford Ranger generasi terbaru ini dijangka akan sekali lagi memberi erti lebih segar bagi segmennya sebagai sebuah kenderaan gaya hidup untuk bekerja, keluarga dan riadah.

 

Sebagai Ranger yang paling pintar, penuh kepelbagaian dan paling berkemampuan setakat ini, Ranger generasi baru ini akan lebih didambakan serta boleh menjadi teman yang dipercayai untuk pemiliknya menempuh apa saja keperluan dan cabaran dalam hidup seharian.

 

Sebagai tambahan kepada penggayaan luarannya yang tersendiri serta ruang dalaman yang nyaman, begitu juga ciri keselamatan dan teknologi maju serta keselesaan premium, pemilik Ranger generasi baru ini akan turut menjadi sebahagian daripada kelompok individu yang berkongsi minat sama untuk menikmati kehidupan sepenuhnya dalam apa jua yang mereka lakukan. 

 

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pelanggan Ranger adalah mereka yang meraikan suasana dan memandang tinggi segenap aspek kehidupan yang berkualiti. 

 

"Ranger generasi baharu ini sesungguhnya merupakan kenderaan yang diperlukan pelanggan untuk menjalani Kehidupan Ranger mengendalikan kerja mereka, meneroka tanpa rasa takut ke tempat yang diinginkan serta mempererat hubungan kekeluargaan, komuniti dan individu dengan minat yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, SDAC bersiap sedia untuk memperkenalkan Ranger generasi baru di lima kawasan di seluruh negara lebih awal daripada tarikh ia mula dijual di pasaran tempatan.

 

 

ford

 

 

ford

 

 

Jelajah berkenaan akan diadakan selama lima hujung minggu bermula dengan acara pengenalan utama, yang akan bermula dari 22 Julai 2022.

 

Mereka yang ingin menjadi antara terawal mendekati model Ranger generasi baru ini perlu mendaftar untuk jelajah berkenaan. Hadirin akan diberikan taklimat terperinci dan boleh mendekati model terbabit serta boleh berbual dengan perunding jualan dan membuat tempahan sekali gus.

 

Peminat Ranger boleh mendaftar di laman 'Keep Me Informed' di sini untuk mendapat jemputan eksklusif jelajah pengenalan ini dan mengetahui bila ia akan singgah di bandar berdekatan mereka. - DagangNews.com