Fudzail Mohd Nor lancarkan 12 buku baharu di PBAKL 2022 | DagangNews Skip to main content

Fudzail Mohd Nor lancarkan 12 buku baharu di PBAKL 2022

Mohd Fudzail Mohd Nor bersama isteri Dr Azma Abdul Malik di gerai buku jualannya di PBAKL yang berlangsung sekarang sehingga 12 Jun 2022.
Oleh MOHD FUDZAIL MOHD NOR

PENULARAN COVID-19 di dalam dan di luar negara telah memaksa penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 ditangguhkan sehingga bukan ini dari 3 hingga 12 Jun.

 

Walaupun PBAKL secara dalam talian dijalankan sebagai inisiatif bagi menggantikan pesta buku secara fizikal namun masih wujud kelompongan yang terasa. Kemeriahan pesta buku secara fizikal lebih menawan dan hebat.

 

Pempamer daripada pelbagai penerbitan telah menarik nafas lega dan pencinta buku telah  bersorak gembira. Buku daripada pelbagai syarikat penerbitan dengan tawaran-tawaran istimewa yang disediakan.

 

Dalam keterujaan masih ada SOP dan masih terdedah dengan jangkitan COVID-19 yang masih aktif dalam komuniti. Harus terus berhati-hati.

 

Matlamat penglibatan dalam PBAKL bertujuan memperluas jaringan dan kerjasama dengan pihak berkaitan dalam bidang penerbitan buku di peringkat tempatan dan antarabangsa. Satu harapan yang saban tahun kita impikan.

 

PBAKL menampilkan lebih 700 gerai daripada kira-kira 200 penerbit tempatan dan antarabangsa, termasuk dari Indonesia, Singapura dan Turki.

 

Melihat kehadiran pengunjung yang luar biasa dan ramai sekali memberi gambaran rakyat negara masih suka membaca dengan buku berlambak.

 

 

PBAKL

 

PBAKL

 

PBAKL

 

 

Saya menempah reruai di Mandiri Fudzail Publication di tingkat dua berhampiran pentas. Boleh melihat pengungjung yang ramai menaiki eskalator dan tidak padam-padam. Dikatakan sudah melebihi 100,000 ribu pengunjung dan boleh mencapai sejuta pengunjung bila-bila masa.

 

Bagi saya pempamer yang mempunyai reruai merasa tidak gembira dengan suasana yang terlalu bising dan pencemaran bunyi terus berlaku. Apalagi saya duduk di belakang pentas.

 

Dengan banyak pempamer ingin menghebahkan slot dan memancing perhatian pengunjung. Malangnya tanpa sedar pempamer yang besar dan berprestij telah mencabul hak kami yang sama menyewa dan pengunjung yang ramai.

 

Boleh dikatakan dengan limpahan manusia telah menjadikan lebih bingit apatah lagi  menyanyi kuat bagai seakan di kenduri kahwin.

 

Dan pempamer berlumba-lumba menguatkan volum sistem PA untuk saling menarik perhatian. Kawallah bunyi dan suara untuk promosi tanpa mengganggu dan mencetuskan pencemaran.

 

 

PBAKL

 

 

Mahu pasang muzik lembut, silakan untuk penghayatan namun jangan samakan pesta buku dengan pasar malam atau fun fair.  Semua aktiviti yang melampaui batas mesti dihentikan.

 

Buku adalah wadah ilmu dan wahana ketamadunan yang sentiasa segar. Biarkan pembaca menilik, membelek, meneliti buku dengan tenang dan sebaiknya. Mungkin pihak PBAKL ada solusi kerana kebisingan akan menyukarkan pengunjung dan tidak seronok lagi.

 

Kemudian saya terdengar bacaan  al-Quran beralun dengan agak kuat juga. Bagi  saya paling kurang sesuai dengan reruai sekeliling memasang lagu dan memekak. Terasa kalut dengan bunyi aiskrim dan suasana seperti pasar malam dengan orang ramai menyusup.

 

Saya melihat anak-anak sudah penat dan tidak bermaya untuk terus melawat dari satu reruai ke reruai lain. Dengan kekalutan dan kebisingan menambahkan mood kurang senang dan kurang selesa termasuk orang tua.

 

Ada bertemu dua OKU yang duduk dikerusi roda, berpeluh dengan bunyi hiruk pikuk bising. Saya juga OKU yang bersembang dengan pembeli dengan meneriak.

 

 

fudzail

 

fudzail

 

 

Nasib ada ramai pengunjung ke reruai saya yang bernombor 215 dan 216 dengan buku-buku terus terjual. Ada ramai yang membeli ke semua 12 buah buku saya kerana meminati tulisan saya.

 

Saya melancarkan buku baharu untuk tatapan peminat dan pembaca seperti kumpulan puisi Aku OKU, Seribu Puisi, kumpulan cerpen Vogue, travelog Haji Tanpa Visa, novel remaja Cenwey Penaney, artikel Dari Dubai dan Fajar Arabia.

 

fudzail

 

 

Buku mendapat sambutan yang menggalakan dengan reruai sentiasa dipenuhi pengunjung untuk mendapatkan buku bermutu.

 

Saya sempat bertemu Perdana Menteri yang juga senior di sekolah dan berbual mengenai OKU dan PBAKL di mana tiada promosi dan iklan sebelum ini. OKU juga mempunyai hak untuk menulis.

 

fudzail
Penulis berkesempatan bertemu dan berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa majlis pelancaran PBAKL 2022.



 

Bagi kebanyakan pengunjung mahu suasana tenang untuk memilih buku dan mengunjung reruai. Ada terdapat ruang Rehat dan Baca tetapi kecil sahaja dan ramai yang dudduk di kaki lima untuk membaca apa yang dibeli. Begitu ketika membeli pengunjung perlukan suasana tenang, selesa dan aman.

 

Tidak perlu mengacau dengan berlebihan kerana pengunjung datang untuk mencari dan memilih buku yang sesuai dengan cita rasa. Ternyata bunyi yang kuat menganggu konsentrasi.

 

Selain itu, bagi saya buku fizikal akan bertahan dalam ujian masa apabila industri berkembang untuk kekal relevan dan terus diminati.

 

Kerjasama dalam kalangan pemain industri dalam ekosistem buku adalah penting dalam memastikan kelangsungan hidup.


 

fudzail

 

fudzail
Penulis diwawancara oleh dua stesen televisyen di PBAKL 2022.

 

 

Masa depan masih cerah untuk buku fizikal, selagi penjual dan penerbit buku terus berhubung dengan pelanggan mereka.

 

Peruncit buku menarik pelanggan untuk suasananya serta menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan cemerlang.

 

Oleh itu, kumpulan itu diwujudkan sebagai platform untuk peminat buku dan pencipta kandungan mengadakan perbincangan mengenai buku.

 

Instagram adalah alat yang berkesan untuk menjual buku kerana mampu menyiarkan gambar buku untuk menarik minat pelanggan.

 

Sementara industri buku termasuk perniagaan mesti mengkaji pasaran dan memanfaatkan teknologi masa kini. Khusus untuk profesional muda yang mencari ilmu dan pencerahan.

 

Begitu juga membuka pintu kepada karya kerjasama dengan pengarang dari seluruh dunia.


 

fudzail
Penulis bersama Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail di PBAKL 2022.

 

 

Penulis boleh memperoleh keuntungan daripada jualan dalam talian yang terus berkembang.

 

Syarikat harus menggunakan media sosial dan platform dalam talian untuk kekal relevan, terutamanya untuk remaja dan belia.

 

Rangkaian adalah penting untuk memperkenalkan syarikat kepada industri dan merancang kerjasama dengan orang lain di masa depan.

 

Ada syarikat datang daripada perniagaan ke perniagaan, seperti perpustakaan awam dan kedai buku; dan daripada perniagaan kepada pelanggan.

 

Untuk saya sebagai penerbit dan penulis, sememangnya PBAKL setiap tahun tetap dinantikan dan semuga ada ruang untuk OKU bersama-sama dengan ratusan pengunjung.

 

Buku Memoir New Zealand akan dilancarkan di Pusat Pengajian Melayu pada 10 Jun, jam 10 pagi. - DagangNews.com


 

 

Mohd Fudzail Mohd Nor merupakan kolumnis tetap kolum WAINUIOMATA setiap Khamis di DagangNews.com. Klik di sini untuk koleksi artikel beliau.