Gangguan bekalan air: 99% kawasan telah pulih | DagangNews Skip to main content

Gangguan bekalan air: 99% kawasan telah pulih

Bekalan air

KUALA LUMPUR 17 Julai - Sebanyak 99% atau 286 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air sejak 14 Julai lalu telah pulih sepenuhnya setakat 7 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan perkembangan berkenaan menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Kawasan Klang dan Shah Alam telah pulih 97%, manakala Kuala Langat, Gombak, Kuala Lumpur, dan Petaling masing-masing telah pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, empat kawasan lagi iaitu keseluruhan Taman Sentosa Klang, keseluruhan Taman Sri Andalas Klang, Jalan Raja Nong Klang dan Jalan Rajion Klang masih dalam pemulihan.

“Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.

“Air Selangor akan terus memaklumkan status terkini kepada para pengguna dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com,” jelas kenyataan itu. - DagangNews.com