Genting Plantation dijangka catat perkembangan hasil 24%, MIDF Research saran `Beli' saham | DagangNews Skip to main content

Genting Plantation dijangka catat perkembangan hasil 24%, MIDF Research saran `Beli' saham

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 25 Julai - MIDF Research telah melaraskan unjuran pendapatannya terhadap Genting Plantations Bhd untuk tahun kewangan 2022 (FY22)-FY23,  memandangkan harga minyak sawit mentah (MSM) yang dinaikkan dijangka meningkatkan kedudukan hasil syarikat.

 

MIDF Research menjangkakan hasil syarikat itu berkembang 24% tahun ke tahun (YoY) dan turun 6% YoY masing-masing kepada RM3.9 bilion dan RM3.7 bilion manakala garis bawah meningkat 18% dan turun 14% kepada RM547 juta dan RM470.9 juta.

 

"Melihat prestasi suku pertama (Q1), pendapatan Genting Plantations lebih rendah sedikit berikutan volum jualan yang lebih rendah yang diiktiraf daripada segmen pembuatan hiliran.

 

“Bagaimanapun, syarikat itu berjaya mencapai purata harga jualan MSM dan isirung sawit yang lebih tinggi kepada RM4,797/metrik tan (mt) (naik 64% yoy) dan RM4,114/mt (naik 83% yoy) semasa suku kajian.

 

"Kami meramalkan Genting Plantations akan mencatat pertumbuhan dua angka yang mampan dalam keuntungan sebelum cukai sebanyak 15% berbanding FY22 kerana kami meletakkan kos untuk kekal terkawal dengan 40% baja dan 30% struktur buruh sebagai panduan pengurusan, dengan menjangkakan ASP yang lebih tinggi.

 

"Minyak Sawit Mentah mampu mengimbangi peningkatan kos input," katanya dalam satu nota.

 

Berikutan profil umur matang untuk lebih 117,329 hektar (ha) dan 18,084 hektar di ladang Malaysia dan Indonesia tahun ini, firma itu menjangkakan kawasan matang kumpulan itu bertambah baik kepada 135,413 hektar pada 2022 yang menyebabkan hasil buah tandan segar mencecah 17.3/ha dalam FY22.

 

Ini akan membantu pengeluaran untuk mendaftar pada 2,342,645 mt/ha.


 

genting
Ladang kepala sawit Genting Plantation di Tanah Merah, Negeri Sembilan.

 


"Keluasan tanaman kelapa sawit Genting Plantations berjumlah 159,318 ha pada FY21, dengan keluasan matang didaftarkan pada 134,313 ha dan kawasan belum matang sekitar 25,005 ha.

 

"Profil umur kelapa sawit purata 11.9 tahun kumpulan itu secara relatifnya ideal pada FY21 dengan kira-kira 58% matang utama dan 48% melepasi usia utama, manakala selebihnya adalah matang muda 12%.

 

"Kami percaya bahawa ini adalah profil yang agak matang yang mungkin memberikan hasil yang ketara dan pertumbuhan pendapatan pada masa hadapan," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan "Beli" dengan harga sasaran yang disemak semula sebanyak RM8 daripada RM10.10 sebelumnya. - DagangNews.com