Skip to main content

Geran padanan PKS sehingga RM5,000 menerusi iBiZZ CLOUD

SERENE SEE, ketua pegawai eksekutif IBiZZ Cloud.

 

 

KUALA LUMPUR 23 Okt. - iBiZZ Cloud Sdn. Bhd., satu-satunya syarikat dari Malaysia, telah dilantik sebagai salah satu daripada TSP (Penyedia Rumusan Teknologi) dalam pelancaran geran kerajaan yang dikenali sebagai ‘Geran Padanan Pendigitalan’.

 

Geran itu menawarkan bantuan dari segi kewangan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Malaysia.  Syarikat bekerja rapat dengan Kementerian Kewangan, MDEC (Malaysian Digital Economi Corporation) dan Bank Simpanan Nasional untuk menguruskan proses permohonan dan pengeluaran geran.

 

Ketua Pegawai Eksekutif iBiZZ Cloud, Serene See berkata, usaha kerajaan tersebut telah mempercepatkan langkah SMEs ke arah pendigitalan. Pemohon boleh membuat permohonan sehingga RM5,000 untuk melanggan produk iBiZZtax Cloud kami bagi melancarkan proses percukaian dalam jangkamasa panjang.

 

iBiZZtax, satu software percukaian Cloud yang unggul di Asia Tenggara, telah berjaya dalam perkembangannya melalui kelebihan yang ditawarkan melalui teknologi Cloud. Melalui langkah pendigitalan tersebut, ia bukan sahaja membolehkan ejen-ejen cukai untuk mengguna iBiZZtax ketika berada di luar pejabat untuk membantu PKS dan pembayar cukai individu megemukakan borang cukai pendapatan dalam masa yang di tetapkan, malah ia boleh lebih cepat lagi bagi membolehkan golongan tersebut menggunakan penyata cukai untuk membuat permohonan pinjaman dan subsidi.

 

Berikutan dengan pengumuman kerajaan dalam usaha menyekat penyebaran COVID-19, pekerja-pekerja dari bidang swasta dan awam di kawasan di bawah PKPB, khususnya Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah telah diarah untuk bekerja dari rumah mulai Khamis, 22 Oktober lalu. Inilah masa yang paling baik untuk melanggan iBiZZtax Cloud bagi membolehkan bekerja tanpa sebarang gangguan dari rumah.

 

Sila rujuk untuk maklumat berkenaan dengan permohonan geran di sii:https://t.ly/C3RV

 

Sehingga kini, iBiZZtax merupakan satu perisian percukaian yang dikenal pasti oleh pihak kerajaan. iBiZZtax juga adalah satu-satunya sistem perisian cukai versi Cloud yang unggul di Asia Tenggara. Ini telah membuka peluang kepada syarikat tersebut untuk meneroka dan memperluaskan perniagaannya ke rantau tersebut, mulai dengan Indonesia.

 

Menurut See, iBiZZtax bekerjasama dengan BG Tax Consulting, sebuah firma dari Indonesia yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh Indonesia, dalam pembangunan sistem perisian cukai versi Cloud melalui pemindahan teknologi, pada bulan lalu.

 

aaa
Majlis memeterai perjanjian penubuhan syarikat usahasama antara iBiZZ dengan syarikat PT Andalan Software Indonesia diadakan secara maya pada 25 September lalu.

 

Melalui gabungan tersebut, sebuah syarikat PT Andalan Software Indonesia telah ditubuhkan pada 25 September 2020 bagi lebih mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua syarikat. Langkah ini juga merupakan satu daripada langkah-langkah iBiZZ CLOUD dalam perancangan perkembangan ke rantau Asia Tenggara.

 

Selain daripada Singapura, Thailand dan Vietnam, iBiZZ juga menumpu untuk memasuki pasaran Hong Kong dan China, di mana langkah-langkah konvensional perisian cukai yang membebankan, mengambil masa panjang dan kurang berkesan masih digunakan.

 

Sejak pelancaran iBiZZtax pada Ogos 2019, ia telah membolehkan pengguna menyempurnakan kerja berkaitan percukaian melalui peralatan berinternet. Dengan cara yang membolehkan pengguna berfungsi dari seluruh dunia tanpa had masa, lebih daripada 72% pengguna iBizztax versi offline telah memindah kerja mereka ke versi Cloud, dan ini telah meningkatkan jualan syarikat sebanyak 80%.

 

Menjelang akhir tahun 2020, syarikat iBiZZ Cloud akan menumpu untuk meningkatkan jumlah langganan daripada 100,000 buat masa ini hingga ke 300,000. Syarikat juga yakin menjelang tahun 2021, jumlah langganan dapat mencapai 500,000.

 

Syarikat juga merancang pelancaran produk baru yang dikenali sebagai Robottax App menjelang November tahun ini. Robottax App tersebut akan menumpu kepada golongan pembayar cukai bergaji dengan memberi panduan dan maklumat percukaian yang lebih baik dan terkini agar boleh membantu mereka dalam penjimatan cukai.

 

Buat masa ini, iBiZZ CLOUD juga merancang untuk membuat pengumuman ke arah IPO (Penyenaraian Awam Permulaan) bagi menambahkan lagi satu pencapaian syarikat. Kini, ia telah mempunyai jumlah 44 pelabur yang terdiri dari Malaysia, Singapura dan China. Dari jumlah ini, 35 pelabur masing-masing adalah pengguna iBiZZtax.

 

See mengalu-alu agar lebih banyak lagi SMEs di Malaysia dapat berhubung dengan mereka untuk memohon geran yang dinyatakan dan melanggan iBiZZtax Cloud untuk memudahkan proses percukaian dalam jangka masa panjang. Segala maklumat berkenaan perlanggan boleh didapati di sini:  https://t.ly/C3RV    - DagangNews.com