Golongan OKU akan terus dibela, dihargai - Ismail Sabri | DagangNews Skip to main content

Golongan OKU akan terus dibela, dihargai - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR 3 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan terus membela dan menghargai segenap lapisan masyarakat tanpa meminggirkan sesiapa, terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU) selari dengan semangat Keluarga Malaysia.

 

Beliau berkata, dengan nilai kebersamaan, kerajaan akan memastikan golongan OKU diberikan hak sama rata dalam pelbagai aspek kehidupan.

 

“Kekurangan itu bukan satu kelemahan, bahkan ia satu keistimewaan yang perlu dilindungi bagi melengkapi kita semua,” katanya dalam catatan di laman Facebook beliau sempena Hari OKU Sedunia yang disambut hari ini.

 

PM

Perdana Menteri turut  menyambut baik tema sambutan Hari OKU Sedunia tahun ini iaitu “Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19”. - DagangNews.com