GTP Network meterai perjanjian bersama TM bagi sambungan gentian optik kelajuan tinggi | DagangNews Skip to main content

GTP Network meterai perjanjian bersama TM bagi sambungan gentian optik kelajuan tinggi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Jun - Syarikat infrastruktur telekomunikasi bebas terkemuka, GTP Network Sdn. Bhd. yang merupakan sebahagian EdgePoint Infrastructure  menandatangani perjanjian bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) bagai memberikan hak akses untuk menyediakan gentian di tapak menara dalam portfolionya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif EdgePoint Towers Sdn. Bhd., Muniff Kamaruddin berkata, menerusi perjanjian itu, ia membolehkan TM menyambung menara GTP Network kepada rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi milik mereka.

 

Katanya, sambungan itu adalah bagi menyokong prestasi rangkaian dan keupayaan berkualiti tinggi sekali gus memanfaatkan tapak milik GTP Network di seluruh Malaysia.

 

“Kami berbesar hati dapat mengembangkan hubungan perniagaan sedia ada kami bersama TM. 

 

"Langkah itu membolehkan EdgePoint menawarkan keupayaan menara yang dipertingkatkan kepada pengendali rangkaian mudah alih dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai penyedia menara bersepadu. 

 

"Kami juga akan lebih mampu menyokong pelaksaan 5G di seluruh negara selaras dengan matlamat Digital Nasional Berhad,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, permintaan data tinggi daripada pelanggan komersial, industri dan telekomunikasi domestik telah mewujudkan keperluan mendesak bagi usaha meluaskan rangkaian.

 

Katanya keupayaan syarikat menara bebas seperti EdgePoint dalam memenuhi keperluan ini boleh memacu kemajuan industri dan memberikan manfaat kepada masyarakat. - DagangNews.com