HappyFresh tawar peluang kerja bantu rakyat Malaysia harungi pandemik | DagangNews Skip to main content

HappyFresh tawar peluang kerja bantu rakyat Malaysia harungi pandemik

KUALA LUMPUR 8 Julai HappyFresh, syarikat penghantaran barangan runcit dalam talian, mengukuhkan sokongannya terhadap rakyat Malaysia di kala mengharungi waktu yang sukar ini dengan meningkatkan usaha menyediakan kemudahan buat pelanggan dan memastikan keselamatan mereka.

 

Ini termasuk dengan mengambil pekerja yang diberhentikan untuk menambah pasukan penghantar barangan dan pembeli peribadi, melancarkan program sumbangan dan memperkenalkan caj penghantaran yang lebih rendah. 

 

Dalam pada negara melalui beberapa fasa pemulihan, HappyFresh menyaksikan peningkatan yang ketara daripada segi pesanan barangan runcit apabila semakin ramai rakyat mematuhi garis panduan penjarakan sosial dan meminimumkan kontak luar.

 

Bagi memenuhi peningkatan pesanan dan menawarkan peluang kepada ribuan rakyat Malaysia yang terjejas pekerjaannya semasa pandemik, HappyFresh melancarkan inisiatif menggajikan ribuan pekerja yang diberhentikan sebagai penghantar barangan dan pembeli peribadi disamping menaikkan bayaran untuk pekerja barisan hadapan mulai Julai 2021 sebagai cara untuk membantu mereka menghadapi masa mencabar ini. 

 

HappyFresh juga sedang memuktamadkan perancangannya untuk menjalankan program vaksinasi yang melibatkan keseluruhan syarikat bagi memastikan pekerja, penghantar barangan dan pembeli peribadi dapat dilindungi.

 

Peralatan, kenderaan dan pejabat sentiasa disanitasi serta semua pekerja yang berurusan secara langsung dengan pelanggan menjalani ujian swab secara berkala sebagai sebahagian daripada langkah ketat untuk menjaga kebersihan dan standard keselamatan yang tinggi.

 

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui berkata, pihaknya memahami kegusaran terhadap jaminan dan keselamatan pada masa kini.

 

“Justeru itu, kami mengambil serius peranan kami dalam menghubungkan komuniti dengan keperluan harian mereka serta yakin bahawa kami mempunyai tanggungjawab untuk membantu lebih ramai keluarga dan hal ini termasuklah melindungi pekerja sendiri.

 

“Apatah lagi misi kami sememangnya untuk menyediakan dan menghantar barangan runcit yang dipilih kepada seramai mungkin keluarga di Malaysia. Selain itu, kami menyeru orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik untuk mengelakkan berlaku gangguan pada kecekapan dan stok bekalan di pasar raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui
Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui

 

HappyFresh juga telah menjalankan semula program sokongannya untuk terus menghulurkan bantuan kepada negara. Dengan setiap pembelian, pelanggan boleh memilih untuk menyumbangkan RM2 semasa pembayaran kepada keluarga yang kurang bernasib baik pada waktu sukar ini.

 

Hasil kerjasama dengan Pasaraya OTK, mulai 9 Julai, pelanggan juga boleh memilih daripada pek barangan runcit bernilai RM50 atau RM100 di kedai KitaJagaKita dalam aplikasi untuk disumbangkan kepada Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lighthouse di Bangsar dan pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan lain dalam masa terdekat.

 

Hantar Kegembiraan dengan Tawaran Pilihan

Bagi menawarkan lebih banyak kemudahan dan penjimatan kepada pelanggan, HappyFresh kini telah mengurangkan caj penghantaran serendah RM4.

 

Caj penghantaran ini termasuklah servis pembeli peribadi dan penghantaran, yang mana pembeli peribadi terlatih akan memilih barang makanan yang paling segar dan berhubung dengan pelanggan untuk pilihan alternatif sekiranya barangan yang dikehendaki telah kehabisan stok.

 

Penghantaran percuma disediakan untuk pelanggan HappyFresh yang baharu dan lama apabila mereka membuat pembelian melebihi nilai tertentu di mana-mana pasar raya.

 

HappyFresh kini juga menawarkan barangan runcit dan kudapan pada harga yang sama dengan di pasar raya, termasuklah semua diskaun. Oleh itu, pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah mencari parkir, beratur untuk membayar atau membawa beg barangan yang berat, sebaliknya mereka boleh mendapatkan barangan runcit yang dipilih dihantar terus ke rumah.

 

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih pelbagai pasar raya yang ada seperti Lotus (dahulu dikenali sebagai Tesco), Mercato, Giant, Village Grocer, AEON, Ben's Independent Grocer dan banyak lagi.

 

“Kami sering mencuba pelbagai cara untuk menjadikan pengalaman penghantaran barangan runcit lebih selamat dan lebih mudah untuk pelanggan.

 

“Dengan 373 pasar raya dan kedai khusus untuk dipilih di seluruh Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor Baru dan Ipoh, HappyFresh mengambil alih kerumitan membeli-belah barangan runcit daripada anda dan membawakan pengalaman terbaik terus ke rumah tanpa mempertaruhkan risiko terkena jangkitan COVID 19.

 

“Kami menggalakkan pelanggan untuk sentiasa peka dengan promosi dalam aplikasi kerana kami sering memberikan diskaun dan kod promo harian untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan,” tambah Hu.

 

Aplikasi HappyFresh tersedia untuk dimuat turun di Apple AppStore dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut mengenai HappyFresh dan sila layari www.happyfresh.my untuk membuat pesanan. - DagangNews.com